HEADLINES

Jawatankuasa Khas gubal undang-undang Islam turut libatkan pemimpin pembangkang: PM

Jawatankuasa itu turut mendapatkan pandangan ulama, mufti serta ahli akademik

1:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam akan turut melibatkan pemimpin pembangkang bagi memperkasa platform konsultansi dan badan advokasi Mahkamah Syariah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penglibatan itu turut akan mendapatkan pandangan ulama dan mutfi serta ahli akademik bagi tujuan berkenaan.

“Jawatankuasa ini turut akan melibatkan pemimpin pembangkang. Saya mahu jawatankuasa ini mendengar pandangan siapa sahaja yang mahu mengemukakan pandangan, tidak menghalang.

“Biar jawatankuasa dengar semua, putuskan, kemukakan pandangan dan kita teliti dari segi perlembagaan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Kemudian, kita bawa kepada Majlis Raja-Raja, bawa balik kepada Jemaah Menteri kerana Jemaah Menteri yang mesti putuskan untuk dibawa ke Parlimen,” katanya ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Program Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa khas tersebut mempunyai peranan berbeza daripada bahagian penguatkuasaan jabatan agama di setiap negeri masing-masing yang menggerakkan sebarang hukuman ke atas sesuatu kesalahan syariah.

Na’im berkata, bahagian penguatkuasaan haruslah bergerak sendiri tanpa dipengaruhi sebarang pengaruh politik atau eksekutif supaya ia bebas membuat keputusan tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Datuk Mohd Na’im Mokhtar (tengah) menegaskan, jawatankuasa khas tersebut mempunyai peranan berbeza daripada bahagian penguatkuasaan jabatan agama di setiap negeri masing-masing. – Gambar Bernama, 18 Februari, 2024

“Unit penguatkuasaan sedia ada ini terletak sebagai salah satu unit atau bahagian di bawah jabatan agama islam negeri-negeri.

“Dengan kata lain, unit penguatkuasaan ini peranannya sama sahaja macam PDRM (Polis Diraja Malaysia) dalam konteks menguatkuasakan kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang di bawah Parlimen.

“Untuk memastikan pengukuhan sistem kehakiman syariah, boleh dicadangkan supaya unit atau bahagian penguatkuasaan di bawah kuasa eksekutif jabatan agama islam negeri-negeri dibawa keluar sebab kita nak pastikan supaya siasatan yang dijalankan ke atas satu-satu aduan kesalahan yang dilakukan tidak dipengaruhi oleh sebarang pengaruh eksekutif dan jadi badan yang bergerak sendiri, yang mana ia bebas untuk buat keputusan tanpa sebarang pengaruh politik,” katanya.

Disember lalu, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang turut dianggotai 10 individu lain.

Jawatankuasa tersebut tanggungjawab memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa ini bukan hanya melibatkan negeri-negeri sahaja, malah di semua peringkat. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

‘It’s unsettling’, Mirzan Mahathir’s family shaken as Cartier, Rolex, among RM1.8mil in valuables stolen from home

Burglars ransacked the family home while daughter was present, leaving the family devastated as police launch a full investigation

Related