HEADLINES

Prosiding komital terhadap bekas Ahli MKT Umno, Isham Jalil didengar 4 Mac

Mahkamah mengarahkan pendakwa raya memfailkan hujahan pada atau sebelum 29 Feb ini

4:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Permohonan Peguam Negara bagi memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah akan didengar pada 4 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam berkata pada prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nur Azizah Jaafar hari ini, mahkamah mengarahkan pendakwa raya memfailkan hujahan pada atau sebelum 29 Feb ini.

“Pendengaran permohonan itu akan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin,” katanya ketika dihubungi.

Dalam permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 28 Dis tahun lepas, Peguam Negara turut memohon agar mahkamah memenjara atau mengenakan hukuman denda terhadap Isham atau nama sebenarnya, Hizatul Isham Abdul Jalil.

Permohonan itu difailkan atas alasan Isham telah mengucapkan kata-kata berbentuk penghinaan kepada mahkamah dalam satu temu bual bertajuk Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa? yang disiarkan di laman Facebook The Malaya Post pada 30 Sept tahun lepas.

Peguam Negara mendakwa dalam temu bual itu, Isham telah mempersoal proses perbicaraan dan rayuan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isham turut didakwa mempertikai proses pendengaran permohonan penarikan diri Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini serta proses rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International.

Peguam Negara juga mendakwa perkataan yang diucapkan oleh Isham telah mengaibkan Badan Kehakiman dan boleh menggugat keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

[UPDATED] Paris 2024: Zii Jia strolls into round of 16

Malaysian badminton’s great gold hope tops group with quick defeat of Spain’s Pablo Abian

Related