HEADLINES

Sokong Anwar: Enam Ahli Parlimen Bersatu boleh mohon ubah tempat duduk

Mereka boleh kemuka surat permohonan kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat

6:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen daripada Bersatu yang mengisytihar sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengemukakan surat permohonan kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat jika mereka mahu mengubah tempat duduk semasa sidang dewan.

Dengan berbaki tempoh seminggu sahaja lagi sebelum sidang dewan bermula, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, permohonan untuk mengubah tempat duduk di dalam dewan adalah perkara biasa.

“Mereka boleh menulis kepada saya menyatakan sebab mereka bertukar tempat duduk dan saya akan menelitinya.

“Boleh jadi mereka tidak suka ‘jiran’ mereka kerana dia suka menjerit atau mungkin dia suka makan petai.

“Mungkin Ahli Parlimen yang telah digugurkan sebagai menteri juga akan menulis surat untuk bertukar kedudukan dan memberi laluan kepada menteri baharu,” katanya semasa minum petang bersama media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulangi pendirian bahawa Ahli Parlimen tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi yang mereka menangi dalam pilihan raya umum mengikut undang-undang anti-lompat parti.

“Mereka hanya perlu memaklumkan kepada saya bahawa mereka masih ahli parti mereka sekarang,” katanya.

Sementara itu Johari berkata, beliau tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Anwar setakat hari ini.

November lalu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim memohon menukar kedudukan kerusi mereka di dalam Dewan Rakyat.

Tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar adalah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related