HEADLINES

350 penduduk Kampung Sri Makmur di Gombak bakal diusir esok, MB digesa campur tangan segera

Setiausaha Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail, menggesa campur tangan segera daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari

2:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai kira-kira 350 penduduk daripada 114 rumah di Kampung Sri Makmur, Taman Sri Gombak, bakal diusir esok sekiranya perintah pengusiran dan pengosongan daripada mahkamah dilaksanakan pagi esok.

Setiausaha Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail berkata, penduduk tersebut telah menetap di kampung itu sejak zaman generasi ibu bapa mereka lagi, yang telah meneroka kampung itu kira-kira 30 ke 40 tahun lalu.

Justeru, Abdul Razak menggesa campur tangan segera daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menghalang pengusiran terbabit.

Dalam kenyataannya, Abdul Razak memberitahu, pemilik tanah tersebut adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pihak tersebut bercadang untuk membina kondominium di tapak kampung itu.

“PKNS disarankan berunding dengan penduduk kampung bagi mendapatkan keputusan ‘menang-menang’ kerana tindakan pengusiran dan perobohan kampung ini tidak mencerminkan Kerajaan Madani terhadap nasib penduduk perkampungan setinggan di bandar atau pinggir bandar yang rata-rata didiami oleh mereka yang berpendapatan rendah, ibu tunggal dan warga emas.

“Kampung ini terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia (Adunnya ialah Muhammad Hilman Idham) di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan terletak di bawah Parlimen Gombak yang dipegang oleh Menteri Besar.

“Penduduk kampung telah beberapa kali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bertemu MB bagi membincangkan masa depan kampung tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya,’’ katanya.

Sementara itu, berdasarkan kepada notis pengosongan Mahkamah Tinggi Shah Alam, penduduk diperintahkan memindahkan semua barang-barang mereka, esok pada jam 9 pagi.

Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dikeluarkan di hadapan Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab bertarikh 11 Januari 2022 dan menurut writ pemilikan bertarikh 11 Disember 2023.

“Pada tarikh 21 Februari 2024, jam 9 pagi atau sebelumnya, penghuni atau sesiapa yang tinggal di alamat tersebut dengan ini diperintahkan dengan secara aman memindahkan semua barang mereka dan meninggalkan tempat tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh notis itu dikeluarkan.

“Kegagalan penduduk berbuat demikian, bailif (bahagian pelaksanaan) yang bertandatangan di dalam notis tersebut berhak jika perlu menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula harta tersebut kecuali mahkamah diperolehi,’’ kata notis berkenaan. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related