Bakal diusir: Persatuan penduduk Kampung Sri Makmur, Gombak buat laporan polis

Pengusiran kira-kira 22 keluarga itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominimum

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan penduduk di Kampung Sri Makmur, Gombak telah membuat laporan polis susulan arahan pengusiran yang akan dilaksanakan esok berdasarkan notis pengosongan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.

Laporan polis itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Sri Makmur, Noora Mustafa pada 7 Februari lalu, hari yang sama penduduk di kawasan Taman Sri Gombak itu menerima notis yang mengarahkan mereka mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada jam 9 pagi, 21 Februari ini (esok).

Pengusiran kira-kira 22 keluarga yang menetap di tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.

“Persatuan telah dijanjikan pampasan penempatan di Rumah Selangorku Seri Temenggung dan masih dalam perbincangan.

“Kami telah mendapat kepastikan dari Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor bahawa rumah-rumah yang masih diduduki (di Kampung Sri Makmur) tidak akan dirobohkan selagi perbincangan belum dimuktamadkan.

“Laporan polis ini dibuat supaya perbincangan dapat dijalankan dan kami tidak diusir selagi belum mendapat penempatan yang dijanjikan,” katanya seperti dipetik dalam laporan polis yang dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu.

Salinan laporan polis itu dikongsi bersama Scoop oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, yang turut berkongsi surat bertarikh 9 Februari yang ditujukan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Hilman berkongsi surat tersebut sebagai jawapan kepada kenyataan awal hari ini oleh Parti Hijau Malaysia yang menggesa Amirudin dan PKNS campur tangan bagi menghalang pengusiran itu.

Surat itu yang ditandatangani oleh Noora selaku jawatankuasa bertindak, menyatakan rungutan penduduk dengan perintah pengusiran dan laporan polis itu akan ‘digunakan untuk mempertahankan’ rumah mereka daripada dirobohkan. Surat itu ditanda sebagai diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak pada 16 Februari lalu.

Menurut Noora, pampasan penempatan di Sri Temenggung Rumah telah dijanjikan semasa pertemuan antara wakil kerajaan negeri dan persatuan itu pada 16 November tahun lalu.

“Pertemuan itu disaksikan oleh tiga wakil persatuan dan Setiausaha Politik (Amirudin), Rahim Kasdi, yang mengendalikan perbincangan (mengenai pampasan).

“Bukan itu sahaja, pada 31 Januari lalu, Rahim telah menghadiri mesyuarat bersama dengan Pejabat Tanah dan Galian Daerah Gombak bagi membincangkan dan menyenaraikan nama-nama penduduk asal Kampung Sri Makmur dan juga akan membuat perjumpaan dengan pihak penduduk dalam masa terdekat.

“Tetapi, pada 7 Februari, pihak Pejabat Tanah dan Galian Gombak, Mailis Perbandaran Selayang, polis dan Mahkamah Persekutuan telah masuk ke Kampung Seri Makmur bagi tujuan mengedarkan notis pengosongan rumah dan mengenal pasti penduduk asal Kampung Sri Makmur.

“Notis yang telah diberikan pula telah ditetapkan selama 14 hari dari tarikh 7 Februari sehingga 21 Februari. Oleh sebab ini juga, pihak persatuan telah membuat laporan polis sekiranya berlaku perobohan sebelum penempatan baharu diberikan atau perpindahan ke unit yang telah dijanjikan sudah disediakan,” katanya.

Namun katanya, notis 14 hari itu sangat singkat bagi penduduk menguruskan perpindahan keluar dan masuk. – 20 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related