HEADLINES

Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak

Istiadat Penghormatan Negeri bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham

10:17 AM MYT

 

KUCHING – Suasana pilu menyelubungi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini sebaik jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud tiba di sini bagi Istiadat Penghormatan negeri.

Kenderaan membawa jenazah Abdul Taib tiba di bangunan DUN pada 7.50 pagi.

Turut mengiringi jenazah ialah anak Allahyarham Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib dan Datuk Hanifah Hajar Taib.

Lapan orang pengusung dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kemudiannya membawa masuk jenazah Allahyarham dan diletakkan di tempat khas di Atrium DUN Sarawak. 

Bangunan DUN Sarawak yang merupakan antara ikon utama negeri hari ini mula dibanjiri orang ramai daripada pelbagai kaum seawal 8 pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas ketua menteri itu yang telah banyak menyumbang bakti kepada Bumi Kenyalang.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Guru Al-Quran Majlis Islam Sarawak dan Persatuan Qari Bahagian Kuching turut diperdengarkan sempena istiadat berkenaan.

Istiadat Penghormatan Negeri bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Solat jenazah dijadual diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib yang juga digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related