HEADLINES

Kurangkan politiking, hormati kedudukan dan peranan negeri dalam Persekutuan Malaysia

Ahmad Samsuri muncul pertama kali di Dewan Rakyat hari ini bagi menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak semua pihak mengetepikan perbezaan politik dan bekerjasama membangun Malaysia ke arah lebih baik.

Ahmad Samsuri yang muncul buat pertama kali di Dewan Rakyat hari ini bagi menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15, turut menggesa semua wakil rakyat supaya berhenti berpolitik dan menghormati kedudukan serta peranan negeri dalam Persekutuan Malaysia.

“(Ya)… kita harus mengetepikan segala politik kerana politik adalah satu kaedah untuk mencapai ke Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

“Paling penting semua pihak harus bekerjasama, kurangkan politiking termasuk kedudukan negeri-negeri dalam Persekutuan, yang perlu dihormati peranan mereka.

“Mereka juga mempunyai peranan dalam negara Malaysia yang Merdeka ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15, hari ini.

Sultan Ibrahim dalam titahnya menyeru semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bersatu hati, berganding bahu serta bekerjasama membangunkan negara demi kepentingan rakyat. – Gambar Bernama, 26 Februari, 20

Terdahulu, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik, antaranya melibatkan tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam persidangan, keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi, hutang negara dan kestabilan politik.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas.

Mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Ahmad Samsuri berkata, ia menyentuh pelbagai aspek dalam negara yang perlu menjadi perhatian semua pihak.

Katanya, antara perkara yang disentuh baginda adalah masalah perpaduan, kedudukan ekonomi dan hala tuju pendidikan tinggi yang perlu diperkasakan.

“Ia untuk semua pihak bergerak bersama membina negara dan inilah yang penting,” katanya yang juga Menteri Besar Terengganu. – 26 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related