◉ HEADLINES

Pokok Sena catat 37 darjah Celsius tiga hari, capai status gelombang haba

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya meminum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pokok Sena, Kedah, kini mencapai status gelombang haba, selepas daerah itu mencatatkan suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, situasi itu direkodkan selepas pihaknya merujuk status cuaca panas semalam.

“Pokok Sena mencapai status gelombang haba (merujuk status cuaca panas pada 28 Februari 2024.

“Gelombang haba (dicatatkan apabila) suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Pada masa sama, MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya meminum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar.

“Patuhi nasihat dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) demi kesihatan anda dan yang tersayang semasa cuaca panas.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.

MetMalaysia menasihatkan orang awam supaya meminum air secukupnya dan mengurangkan aktiviti di luar rumah kerana gelombang haba yang kini melanda beberapa kawasan di tanah air. – Gambar MetMalaysia, 29 Februari, 2024

Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap dua di Pokok Sena.

Katanya, 17 kawasan di Semenanjung pula mencatatkan amaran cuaca panas tahap satu, dengan lapan daripadanya di Kedah, iaitu Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Yan.

Empat kawasan di Pulau Pinang turut dicatatkan dalam status cuaca tahap satu, iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Timur Laut dan Barat Daya.

“Tiga kawasan di Perak, iaitu Kuala Kangsar, Kerian dan Larut Matang serta Sepang di Selangor juga berada dalam status tahap satu.

“Satu kawasan di Sabah dan Sarawak berada pada tahap berjaga-jaga, iaitu masing-masing di Beaufort serta Limbang,” katanya.

Tahap berjaga-jaga, katanya, dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related