5G tingkatkan rawatan, keupayaan pembelajaran di hospital: Fahmi

Fahmi berkata beliau akan membawa perkara ini ke Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan untuk melihat apek yang boleh dilakukan bersama

4:10 PM MYT

 

OSLO – Idea untuk memiliki hospital yang dilengkapi kemudahan rangkaian bersepadu 5G dan teknologi baharunya, adalah aspek yang boleh dimanfaatkan Malaysia bagi meningkatkan rawatan dan keupayaan pembelajaran, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi pada Jumaat, melawat Hospital Radium Norway, di sini, tempat di mana syarikat gergasi telekomunikasi Norway Telenor Group mempamerkan secara dedikasi penyelesaian dalaman teknologi 5G dan kerjasama dengan hospital itu untuk melaksanakan inovasi rawatan pesakit dan membangunkan solusi kesihatan untuk meningkatkan kecekapan.

Fahmi berkata penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh melibatkan diri dalam perkongsian bersama dengan swasta-awam dan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan hospital untuk menawarkan perkhidmatan baharu atau menghasilkan penyelesaian baharu.

“Jenis penyelesaian yang mereka ada di sini ialah membawa hospital kepada pesakit, tidak semestinya membawa pesakit ke hospital, dan idea untuk mempunyai dua rangkaian – rangkaian berasaskan IP konvensional dan rangkaian asas 4G/5G.

“Terdapat banyak pandangan dalam perkara ini dan saya amat bersemangat melihat penggunaan teknologi 5G seperti ini dilaksanakan di sini,” katanya kepada Bernama selepas lawatan itu, di sini.

Rangkaian khusus 5G antara lain membuka peluang baharu seperti penyelesaian Internet Kebendaan (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) sambil memberikan gambaran keseluruhan yang lebih baik tentang pesakit serta akses yang lebih pantas dalam keputusan ujian untuk pengamal.

Ia juga membuka peluang dalam penjagaan kesihatan masa depan seperti pembedahan bantuan jarak jauh dan sebagainya – semua ini di hospital pengajaran juga meningkatkan pengalaman pembelajaran dan keupayaan pengamal perubatan.

Fahmi berkata beliau akan membawa perkara ini ke Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan untuk melihat apek yang boleh dilakukan bersama.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya ke Norway, Fahmi berkata penglibatan lebih meluas diperlukan dengan rakan kongsi di seluruh dunia, seperti Telenor  untuk mempelajari kaedah lebih baik menggunakan teknologi baharu dan baru muncul.

“Secara keseluruhannya, selepas dua hari melawat Oslo, ia sangat membuka mata kerana banyak penyelesaian yang kita lihat di sini sama ada ia sedang dilaksanakan atau sudah dilaksanakan.

“Saya mempunyai peluang yang sangat baik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi Telenor dan juga cabaran…jenis peluang yang dibentangkan. Sebagai sebuah negara, kita mesti terbuka kepada peluang ini,” tambahnya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Telenor dan Timbalan Ketua Asia Håkon Bruaset Kjøl percaya bahawa kepentingan 5G dan peluang yang dibawa oleh teknologi adalah sama pentingnya dengan membangunkan perkongsian awam-swasta yang kukuh.

“Ini menunjukkan bahawa 5G juga sama penting bagi sektor awam. Kes penggunaan yang kita lihat hari ini, untuk hospital juga dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keselamatan terhadap data yang telah  dikumpul untuk merawat pesakit dengan lebih baik,” katanya.

Håkon juga berkata penting untuk menjalinkan perkongsian antara industri kerajaan dan swasta serta pemain lain dalam ekosistem.

“Ini termasuk mengadakan dialog terbuka untuk memastikan kita mendapat peraturan yang betul,” katanya.

“Telenor gembira untuk meneruskan dialog yang dimulakan semasa lawatan menteri dan berkongsi lebih banyak penyelesaiannya kepada pelaksanaan rangkaian 5G di pasaran maju pada masa depan, termasuk melalui CelcomDigi Bhd,” tambahnya. – 2 Mac, 2024

Topics

Hangat

LA County Coroner’s Office defers Friends star Matthew Perry’s cause of death

Authorities said they are awaiting toxicology results and further investigation with law enforcement, which could take weeks to complete, reported TMZ.

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Related