HEADLINES

Korban nahas di Kuala Krai meningkat kepada empat orang

Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun itu meninggal dunia pada 3.15 petang tadi ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra

11:41 PM MYT

 

KUALA KRAI – Seorang lagi kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kereta di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi, di sini hari ini meninggal dunia di hospital, menjadikan angka korban nahas itu kepada empat orang, kata Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun.

Beliau berkata, Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu meninggal dunia pada 3.15 petang tadi ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Sultan Ismail Petra, di sini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta Nissan March dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu masuk ke laluan kereta Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menghala Gua Musang sehingga menyebabkan kedua-duanya bertembung.

“Dalam kejadian ini, tiga mangsa dalam kereta jenis Perodua Myvi maut di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa (dalam Perodua Myvi) menerima rawatan di Hospital Kuala Krai,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta Nissan March dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu yang memasuki laluan kereta Perodua Myvi dari arah Kota Bharu menghala Gua Musang sehingga menyebabkan kedua-duanya bertembung. – Gambar ihsan Bomba, 2 Mac, 2024

Kemudian seorang daripada dua mangsa dalam Perodua Myvi itu meninggal dunia di hospital sementara mangsa yang terselamat dirawat di Zon Kuning hospital sama.

Dua mangsa yang berada di dalam kereta jenis Nissan March iaitu pemandu yang mengalami kecederaan parah dan penumpang pula mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis akan menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya.

Terdahulu, Bernama melaporkan seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira 1.38 tengah hari tadi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Pahi, di sini dan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related