HEADLINES

Penipuan siber: TH beku akaun pendeposit papar transaksi mencurigakan

TH berkata, langkah pembekuan itu dilakukan bagi mengelakkan berlaku kerugian lebih besar ke atas simpanan individu terbabit

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) sudah mengambil langkah proaktif dengan membekukan akaun seorang pendepositnya, selepas mendapati terdapat transaksi mencurigakan.

Menerusi kenyataannya, TH berkata, langkah pembekuan itu dilakukan bagi mengelakkan berlaku kerugian lebih besar ke atas simpanan individu terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan TH sememangnya mendapati pendeposit itu adalah mangsa penipuan scammer, membabitkan pemindahan wang berjumlah RM12,000.

“Simpanan wang mangsa dipindahkan melalui lima transaksi dalam masa empat hari.

““Pembekuan itu dilakukan TH tiga hari sebelum aduan dibuat (mangsa), setelah mendapati terdapat transaksi mencurigakan dan pihak kami sedang melakukan siasatan lanjut atas perkara ini.

“Mangsa juga sudah membuat laporan polis dan TH akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa, dalam sebarang siasatan ke atas kes penipuan siber,” katanya.

Menurut TH, bagi memastikan keselamatan pendeposit, pihaknya melaksanakan pelbagai langkah, termasuk sudah membangunkan aplikasi atas talian, dikenali THiJARI.

Aplikasi itu, ujarnya, dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, antaranya nama pengguna, kata laluan dienkripsi serta gambar keselamatan untuk memastikan ia disambung ke laman web rasmi THiJARI.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pendeposit boleh berhubung dengan THCC di talian 03-6207 1919.

“TH terus mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka mana-mana mesej dan hantaran meragukan.

“Orang ramai juga diingatkan tidak berkongsi data peribadi dengan mana-mana pihak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang individu berputih mata apabila simpanan RM12,000 dalam akaun TH miliknya, didakwa dipindah tanpa kebenaran pada Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Venus berkata, laporan dibuat mangsa pada 26 Februari membabitkan kes wang simpanan TH yang didakwa berkurangan. – 6 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related