HEADLINES

Lebih RM15 juta setahun kos selenggara AwAS

Menteri Pengangkutan berkata kos itu merangkumi perkhidmatan dan penyelenggaraan kamera, sistem 'back office' dan cetakan saman AwAS

8:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan, kerajaan membelanjakan hampir RM15.5 juta setahun bagi kos keseluruhan penyelenggaraan sistem Automated Awareness Safety System (AwAS).

Menurut beliau, kos itu merangkumi perkhidmatan dan penyelenggaraan kamera, sistem ‘back office’ dan cetakan saman AwAS.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bagi tempoh 2014 hingga 2018 impak pemasangan kamera AwAS meningkatkan kadar pematuhan (Perception Of Being Caught – POBC) sehingga 99 peratus di lokasi yang dipasang dan dikuatkuasakan dengan kamera AwAS,” katanya lapor BH.

Perkara itu dikongsi Loke dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab soalan dikemukakan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor).

Mohd Hasnizan meminta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi pelaksanaan dan penyelenggaraan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan dengan kos yang telah dibelanjakan.

Turut ditanyakan sejauh mana keberkesanannya dalam mengurangkan kesalahan lalu lintas sama ada hanya terhad di lokasi pemasangan atau memberi kesan menyeluruh.

AES diperkenalkan pada 2012 bagi mengurangkan kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah sebelum digantikan dengan AwAS lima tahun kemudian. – 14 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related