◉ HEADLINES

DUN Kelantan lulus usul gubal semula 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Usul itu dipersetujui oleh semua Adun yang bersidang termasuk dua pembangkang

6:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan usul penggubalan semula 16 seksyen dalam peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang dibatalkan di Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu.

Usul yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Rohimi Wan Daud dipersetujui oleh semua Adun yang bersidang termasuk dua pembangkang.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika meluluskan usul itu berpendapat, ia memenuhi tiga syarat ditetapkan iaitu mustahak, untuk kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Oleh itu, saya menerima cadangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, DUN Kelantan yang bersidang turut berdukacita atas keputusan pembatalan 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 sebelum ini.

Sementara itu, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, beliau akan membawa semula 16 seskyen yang dibatalkan itu dalam satu jawatankuasa khas.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas Kajian Enakmen Jenayah akan membincangkan semua seksyen terbabit sebelum dibentangkan semula.

“Kita akan bawa semula pada Persidangan DUN. Jadi kita yakin dapat diangkat kepada Tuanku Sultan (Sultan Muhammad V) selepas semuanya selesai,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan tempoh masa yang diambil untuk proses permulaan perbincangan, tetapi paling cepat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Dalam keputusan penghakiman 8-1, panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman. – 6 Mac 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related