◉ HEADLINES

Pindaan perlembagaan Bersatu: Saya belum dapat pemakluman daripada RoS, kata Saifuddin

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu berkata, parti itu akan menyerahkan dalam tempoh terdekat keputusan pindaan perlembagaan parti kepada RoS untuk diluluskan

4:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima pemakluman daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sama ada Bersatu sudah menghantar permohonan bagi pindaan perlembagaan parti itu yang dibuat baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini beliau belum mendapat sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

“Saya belum dapat apa-apa lagi setakat ini, mungkin mereka (Bersatu) ada hantar cuma saya belum dapat pemakluman lagi (daripada RoS),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, menjadi satu kesilapan besar sekiranya pembangkang mendakwa ada campur tangan politik dalam sebarang keputusan yang akan dibuat RoS.

“Itu masalahnya, sebab mereka pernah buat campur tangan politik, jadi mereka fikir saya akan buat macam apa yang mereka buat.

“Mereka (pembangkang) pernah buat campur tangan politik ke atas akta pertubuhan, jadi mereka fikir Menteri Dalam Negeri akan buat seperti yang mereka buat, silap besarlah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, parti itu akan menyerahkan dalam tempoh terdekat keputusan pindaan perlembagaan parti kepada RoS untuk diluluskan.

Beliau turut menyuarakan keyakinan RoS tidak akan ‘menyusahkan’ parti itu.

Baru-baru ini, Bersatu meluluskan Pindaan Perkara 10 Perlembagaan parti dalam Mesyuarat Agung Khas yang menyatakan keahlian mana-mana wakil rakyatnya akan terlucut serta-merta jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Bersatu akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengesahkan sama ada mereka kekal dengan keputusan untuk meneruskan sokongan itu.

Beliau berkata, jika mereka kekal menyokong Perdana Menteri, selaras dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti akan berkuat kuasa, yang mana kerusi Parlimen berkenaan akan dikosongkan. – 8 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

◉ Related