HEADLINES

Agensi keselamatan gesa pemantauan keletihan dipertingkat selepas juruterbang Batik Air tertidur semasa penerbangan

Laporan awal berhubung insiden itu dimuat naik oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) di laman web agensi itu hujung bulan lalu

10:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Agensi keselamatan udara Indonesia menggesa mekanisme pemantauan keletihan juruterbang dipertingkat, selepas siasatan mendedahkan kedua-dua juruterbang pesawat komersial baru-baru ini tertidur semasa dalam penerbangan.

Seorang juruterbang dan pembantunya tertidur serentak kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari tenggara Sulawesi menuju ke Jakarta pada 25 Januari lalu, lapor AFP.

Laporan awal berhubung insiden itu dimuat naik oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) di laman web agensi itu hujung bulan lalu.

Indonesia sering kali dikaitkan dengan rekod keselamatan udara yang lemah, walaupun negara itu amat bergantung dengan pengangkutan udara untuk menghubungkan setiap pulaunya.

Salah seorang juruterbangnya tidak berehat dengan baik pada malam sebelum penerbangan, demikian menurut laporan itu.

Insiden tersebut mengakibatkan beberapa siri kesilapan navigasi, tetapi 153 penumpang pesawat Airbus A320 itu dan empat pramugarinya tidak mengalami kecederaan dalam penerbangan selama dua jam 35 minit itu.

Kira-kira setengah jam selepas pesawat itu berlepas, kapten meminta kebenaran daripada juruterbang pembantu untuk berehat seketika, dengan permintaan itu dipenuhi.

Juruterbang pembantu itu kemudian mengambil alih perintah pesawat, tetapi secara tidak sengaja turut tertidur, kata laporan itu.

“Juruterbang pembantu mempunyai bayi kembar berusia sebulan. Isterinya menjaga bayi-bayi itu dan dia turut membantu menguruskan anaknya semasa di rumah,” kata laporan itu.

Beberapa minit selepas transmisi terakhir direkodkan oleh pembantu juruterbang, menara kawalan trafik udara di Jakarta cuba menghubungi pesawat itu tetapi tiada sebarang respons diberikan.

Bagaimanapun, 28 minit selepas transmisi terakhir yang direkodkan, juruterbang itu bangun dan menyedari pembantunya sedang tidur dan pesawat itu tidak berada di laluan penerbangan yang betul.

Dia segera mengejutkan pembantunya dan menjawab panggilan dari Jakarta serta membetulkan laluan penerbangan, kata laporan itu.

Pesawat itu bagaimanapun selamat mendarat selepas kejadian itu. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related