HEADLINES

HKHM 2026: Persiapan hampir 100% menjelang raptai penuh esok: Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata penambahbaikan itu melibatkan penyelarasan jarak pergerakan antara kontinjen bagi memastikan keseluruhan perbarisan berlangsung dengan lebih kemas dan tersusun

11:14 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Persiapan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya dijangka mencapai hampir 100 peratus menjelang raptai penuh esok, dengan hanya beberapa aspek kecil perlu diperhalusi.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata penambahbaikan itu melibatkan penyelarasan jarak pergerakan antara kontinjen bagi memastikan keseluruhan perbarisan berlangsung dengan lebih kemas dan tersusun.

“Ada beberapa kontinjen yang pergerakannya agak jauh daripada kontinjen sebelumnya, jadi (perkara itu) perlu diperkemas sedikit. Insya-Allah, menjelang (raptai penuh) kita percaya (persiapan) capai hampir 100 peratus,” katanya di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 berkata demikian kepada media selepas meninjau raptai sambutan di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata faktor cuaca yang baik membantu kelancaran latihan, selain memuji semangat tinggi dan moral berkobar-kobar yang ditunjukkan semua peserta termasuk anggota keselamatan serta pelajar sekolah dari tiga negeri yang terlibat dalam persembahan grafik manusia.

Beliau berkata selain aset baharu dan formasi, penyertaan sulung Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) serta aset maritim Bot Kelas Ibrahim rekaan sendiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim antara tarikan utama sambutan tahun ini. 

Dalam pada itu, Fahmi memberi jaminan tahap keselamatan struktur bertingkat yang menempatkan 1,500 pelajar bagi persembahan grafik manusia telah diteliti sepenuhnya oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).

Beliau berkata pergerakan kecil yang kelihatan pada struktur tersebut merupakan tahap toleransi yang dibenarkan bagi menyesuaikannya dengan pergerakan berirama para peserta.

“Struktur itu perlu mempunyai sedikit toleransi pergerakan dan telah dipastikan selamat. Ini juga kali ketiga digunakan dan setakat ini tiada sebarang masalah,” katanya.

Mengenai kedudukan struktur yang kelihatan sedikit tidak simetri, beliau menjelaskan keadaan itu disebabkan laluan perarakan dan bangunan PPj tidak berada pada paksi yang sama, selain jumlah peserta yang dikurangkan daripada 2,000 kepada 1,500 orang tahun ini.

Bagaimanapun, Fahmi telah meminta pihak urus setia meneliti semula penyesuaian teknikal pada masa hadapan bagi mengurangkan persepsi negatif mengenai kedudukan struktur itu. – 28 Ogos, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related