◉ HEADLINES

Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan dibawa ke Parlimen bulan ini: PM Anwar

Perdana Menteri berkata beliau percaya pindaan itu akan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat

10:45 PM MYT

 

PETALING JAYA — Kerajaan akan membawa pindaan Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara ke sidang Parlimen bulan ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia bagi meminda perkataan ‘bapa’ kepada ‘ibu bapa’ atau ‘ibu’ atau ‘bapa’ setelah draf berkenaan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

“Sukacita saya maklumkan bahawa istilah bapa dalam Perlembagaan Persekutuan itu dari segi hak anak-anak menjadi warganegara akan digantikan dengan ibu bapa atau ibu atau bapa.

“Setelah begitu lama, puluhan tahun perkara ini dibangkitkan, Kerajaan Madani di bawah Menteri (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Datuk Seri Nancy Shukri, kita dapat lakukan pindaan yang sangat bererti ini,” katanya pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata beliau percaya pindaan itu akan mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain untuk memberikan perhatian segera terhadap kes berkaitan gangguan seksual.

Beliau berkata kewujudan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) dan Tribunal Antigangguan Seksual tidak mencukupi, jika penguatkuasaan tidak dijalankan dengan berkesan.

“Memalukan jika kita sebagai sebuah negara berbicara soal nilai dan akhlak, tetapi masih terdapat laporan berita yang sangat menyakitkan dan mengetuk pintu hati kita akibat keterlanjuran yang dibiarkan berleluasa.

“Kita kirimkan ke asrama, maahad tahfiz dengan harapan yang sangat tinggi bagi memuliakan dan mendidik akhlak anak-anak, tetapi berlaku kecurangan dan ini wajib dihentikan dengan segala kekuatan kepimpinan negara,” kata beliau.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nancy dan jemaah menteri. – 8 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related