HEADLINES

Kod etika wartawan bukan baharu, tiada kontroversi: Teo Nie Ching

Ia telah diwujudkan oleh Institut Akhbar Malaysia sejak 1989 tetapi tidak pernah dikemas kini

11:17 AM MYT

 

KULAI – Pihak yang ingin mempertikaikan mengenai Kod Etika Wartawan Malaysia perlu memahami terlebih dahulu prinsip-prinsip yang terkandung di dalam kod etika tersebut sebelum membuat dakwaan ia akan menyekat kebebasan media.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kod etika tersebut telah dikemas kini dan akan menjadi panduan bagi pemegang Kad Perakuan Media (KPM) dalam melaksanakan tugas mereka.

Beliau berkata, kod etika itu mengandungi prinsip-prinsip kewartawanan yang sangat umum dan menegaskan kewartawanan yang baik dan adil.

“Saya rasa orang yang pertikaikan, sila baca (dahulu) kod ini, ia bukan dokumen baharu, ia telah diwujudkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) sejak 1989 tetapi ia tidak pernah dikemas kini jadi usaha (dilakukan) oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) selepas penglibatan dengan MPI dan badan bukan kerajaan lain.

“Kalau kita baca kod etika ini, anda akan setuju, sebenarnya tiada apa-apa yang saya rasa kontroversi, prinsip-prinsip yang sangat umum dan paling penting ialah, ia menegaskan kepada laporan yang baik, berita yang adil, semua yang kita harapkan oleh seseorang wartawan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sumbangan Back To School di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini akan menyekat kebebasan media.

Pada 20 Februari lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang mengandungi lapan etika utama, antaranya wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain ialah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related