HEADLINES

Jika tiada visa haji sah, lebih baik pulang ke tanah air: Menteri Agama

Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan bahawa menjadi satu kesalahan menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan Tabung Haji (TH)

10:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang tidak mempunyai visa haji yang sah, walaupun sudah berada di Tanah Suci, dinasihatkan untuk pulang ke tanah air.

Demikian ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar susulan laporan mengenai 300 bakal jemaah haji yang dikatakan terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej murah mengerjakan ibadah itu yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

Malah beliau turut mengingatkan bahawa menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan Tabung Haji (TH).

“Mereka ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai laporan media yang menyatakan terdapat rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong, setakat ini tiada laporan rasmi perkara berkaitan itu diterima oleh TH.

Sehubungan itu katanya, jemaah haji yang merasakan terpedaya dengan janji untuk menunaikan haji perlu membuat aduan kepada TH, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk siasatan lanjut.

“Dalam hal ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui TH sentiasa memberi peringatan saban tahun kepada umat Islam negara supaya lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej murah yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH,” katanya.

Baru-baru ini, beliau ketika bercakap kepada Scoop berkata, 300 bakal jemaah haji yang dilapor terkandas di Makkah dikatakan memasuki Tanah Suci pada awal musim haji ‘untuk menunaikan umrah’.

Malah beliau berkata, mereka ini dijanjikan untuk terus menetap di Tanah Suci bagi menunaikan haji musim ini.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Mohd Na’im berkata, TH diarah menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah ketika ini, akibat terpedaya dengan pakej murah mengerjakan ibadah itu yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab. – 14 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related