HEADLINES

‘300 bakal jemaah haji terkandas’ masuk awal ke Makkah untuk umrah: Na’im

Malah beliau berkata, mereka ini dijanjikan untuk terus menetap di Tanah Suci bagi menunaikan haji musim ini

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 300 bakal jemaah haji yang dilapor terkandas di Makkah dikatakan memasuki Tanah Suci pada awal musim haji ‘untuk menunaikan umrah’.

Perkara itu diberitahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar kepada Scoop mengenai keberadaan bakal jemaah berkenaan.

Malah beliau berkata, mereka ini dijanjikan untuk terus menetap di Tanah Suci bagi menunaikan haji musim ini.

“Ya (masuk awal ke Tanah Suci) untuk mengerjakan umrah. Jadi dapatlah buat dua-dua, kononnya umrah dan haji bersekali, tak perlu (ikut) kuota haji daripada Tabung Haji (TH).

“Mereka (bakal jemaah haji yang terkandas di Makkah) tak buat aduan lagi, jadi kita tak tahu syarikat yang mengendalikan mereka ini. Saya difahamkan mereka post (buat hantaran) di Facebook, kemudian delete (padam),” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya dan TH sudah banyak kali mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih syarikat pengendali haji dan umrah supaya tidak berterusan ditipu.

“Tetapi masih ada lagi yang termakan dengan janji manis syarikat yang tak bertanggungjawab ini,” katanya.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Mohd Na’im berkata, TH diarah menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah ketika ini, akibat terpedaya dengan pakej murah mengerjakan ibadah itu yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengulangi peringatannya kepada orang ramai agar berhati-hati memilih syarikat pengendali haji dan umrah supaya tidak berterusan ditipu. – Alif Omar/Scoop, 12 Mei, 2024

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersimpati atas nasib menimpa mangsa tersebut dan sudah mengarahkan pihak TH meneliti perkara ini untuk siasatan lebih lanjut.

“Jabatan ingin menasihatkan kepada semua mangsa terbabit di sana untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat,” katanya menerusi Facebook.

Sebagai reaksi kepada kenyataan itu, TH akan berkerjasama dengan pihak Kedutaan Malaysia di Arab Saudi, bagi melakukan siasatan sewajarnya berhubung insiden berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, kerjasama itu dilakukan berdasarkan maklumat terperinci daripada mangsa.

Katanya, jemaah yang terkandas juga diminta membuat aduan atau laporan rasmi ke TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. – 12 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related