HEADLINES

Tiada kecederaan, kemalangan jiwa dalam kebakaran di Mydin Manjoi

Kebakaran bermula dari bumbung sebelum merebak ke dalam bangunan, dan setakat ini, tiada rumah penduduk berdekatan terjejas

8:52 AM MYT

 

IPOH – Kebakaran pasar raya besar Mydin di Manjoi di sini berjaya dikawal setakat tengah malam tadi, dan bomba masih dalam proses memadamkan api sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kecederaan mahupun kemalangan melibatkan mangsa.

“Pada masa sekarang, status masih lagi kita melakukan operasi pemadaman dan dapat mengawal (kebakaran), cuma belum dapat padam sepenuhnya … peratus kemarakan sudah terkawal … itu yang dapat saya nyatakan setakat ini,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada 7.09 malam bahawa terdapat asap di bilik suis utama sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas pasar raya itu.

Sayani berkata, operasi memadamkan kebakaran itu melibatkan 123 anggota dan pegawai bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pada masa sama, Sayani berkata, mereka juga mendapat bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Air Perak (LAP), kakitangan Mydin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri serta Pusat Khidmat Parlimen Tambun.

Sayani berkata, operasi pemadaman kebakaran bangunan itu mengambil masa kerana fire load tingkat atas pasar raya terbabit agak tinggi merangkumi antaranya pakaian dan stor barangan, melibatkan keseluruhan bangunan dua tingkat berkeluasan 100×100 kaki.

Keadaan kebakaran di pasar raya besar Mydin di Manjoi malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. – Gambar Bernama, 11 Mac, 2024

Sementara itu, beliau berkata, pasukan bomba yang tiba pada 7.25 malam telah membuat pemeriksaan, namun tiada kebakaran yang berlaku melainkan terdapat asap pada bahagian papan suis utama Mydin, sebelum 20 minit kemudiannya dimaklumkan pengawal pasar raya itu bahawa berlaku kebakaran di bahagian bumbung bangunan.

“Pasukan (bomba) gerakkan jentera di bahagian hadapan bangunan Mydin dan benar berlaku kebakaran di bahagian bumbung dan telah memulakan operasi pemadaman serta didapati bahawa kebakaran marak dengan cepat.

“Dimaklumkan juga bahawa di bahagian atas bumbung terdapatnya panel solar dan mereka (bomba) cuba untuk mengawal kebakaran dan guna pili bomba Mydin dan LAP,” katanya.

Sayani berkata, kebakaran bermula dari bumbung sebelum merebak ke dalam bangunan berkenaan dan setakat ini, tiada rumah penduduk yang berdekatan terjejas dengan kejadian itu.

Justeru, beliau berkata, pihaknya menunggu laporan daripada pasukan forensik bagi mengetahui punca kebakaran, selain menganggap terlalu awal untuk membuat andaian mengenai perkara itu.

Menurut seorang pekerja Mydin, api kecil mula kelihatan di tempat meletak barang di kawasan belakang tingkat dua kira-kira 6.45 petang, dan kedengaran bunyi letupan kira-kira sejam kemudian sebelum api merebak ke tingkat bawah. – Gambar Bernama, 11 Mac, 2024

Sementara itu, seorang pekerja Mydin yang enggan dikenali berkata, api kecil mula kelihatan di tempat meletak barang di kawasan belakang tingkat dua pasar raya berkenaan kira-kira 6.45 petang, dan kedengaran bunyi letupan kira-kira sejam kemudian sebelum api merebak sehingga tingkat bawah.

“Semua petugas dan pengguna telah pun diarah keluar dari bangunan ketika bomba dihubungi untuk datang ke lokasi. Loceng di bangunan ini dibunyikan supaya orang ramai peka dengan amaran itu,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi mendapati sebahagian struktur bangunan pasar raya itu runtuh kira-kira 10.40 malam. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related