◉ HEADLINES

Mana ada maklumat kerajaan bocor, Saifuddin mengada-ngada, gedik berlebihan: Sanusi

Alasan diberikan Menteri Dalam Negeri itu juga, tidak masuk akal kerana semua maklumat kerajaan akan sampai ke pengetahun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dianggap tidak mempunyai gambaran sebenar mengenai apa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN), memandangkan beliau tidak pernah mengadakannya, sejak memegang jawatan Pengerusi Bersama mesyuarat berkenaan.

Justeru, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, kebimbangan dikatakan Saifuddin mengenai kebocoran maklumat rahsia kerajaan susulan mesyuarat itu, hanyalah alasan ‘mengada-ngada’.

Katanya, alasan diberikan Menteri Dalam Negeri itu juga, tidak masuk akal kerana semua maklumat kerajaan akan sampai ke pengetahun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar.

“Belum ada kejadian (maklumat) bocor selama empat tahun ini. Lagipun, menunggu peringkat ini akan hanya melambatkan pelaksanaan projek. Mesyuarat ini penting sebagai punca kuasa sesuatu arahan segera dikeluarkan kepada agensi dan jabatan untuk mempercepat dan melicinkan proses pelaksanaan sesuatu projek.

“Jangan-jangan beliau sebetulnya malu mata nak bermesyuarat bersama? Saya sudah hadir bermesyuarat dengan PMX berulang kali tanpa sebarang masalah kerana kita sedar topi apa sedang kita pakai.

“Saya sudah hadir mesyuarat pada peringkat lebih tinggi dan lebih besar bagi negara seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu, Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara, Majlis Air Negara, Majlis Kerajaan Tempatan, Majlis Perancangan Fizikal Negara dan seumpamanya tanpa sebarang masalah. Tidak ada rahsia kerajaan yang bocor pun. Sebetulnya dia kena mengakui bahawa hal ini masalah diri dia, bukan masalah saya,” katanya menerusi kenyataan.

Sanusi berkata, sebelum Saifuddin Nasution dilantik sebagai Pengerusi Bersama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), jawatan itu dipikul Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilantik pada Mac 2020.

Menurutnya, Takiyuddin menyusun dan memanggil mesyuarat berjadual tiga atau empat kali setahun.

Sejak Mei 2020 hingga Oktober 2022, katanya, beliau hadir bermesyuarat sebagai Pengerusi Bersama dengan semua pengarah agensi negeri dan Persekutuan, sekurang-kurangnya empat kali.

“Tidak ada sebarang kebocoran maklumat sepanjang tempoh itu. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Pengerusi Bersama mewakili kerajaan Persekutuan yang membentuk pemerintahan selepas PRU-15 pada November 2022.

“Sejak itu, mesyuarat penting ini belum pernah diadakan. Alasan kononnya Sanusi suka membocorkan maklumat mesyuarat dalam ceramah politik di cawangan adalah alasan tidak masuk akal.

“Sudah lama sekali ceramah di cawangan tidak diadakan di Kedah ini,” katanya.

Pada masa sama, Sanusi berkata, umum mengetahui bagaimana Saifuddin Nasution ‘gedik berlebihan’ bermain politik keterlaluan, mengekploitasi maklumat kerajaan dan menggunakan kuasa agensi Persekutuan untuk memburukkan kerajaan Kedah.

Ujarnya, Saifuddin Nasution mencipta pelbagai isu menekan dan merosakkan reputasi Menteri Besar, exco dan pegawai kerajaan negeri dalam ceramah politik beliau sejak dilantik sebagai menteri.

Mengulas lanjut mengenai alasan diberikan Saifuddin Nasution itu, Sanusi berkata, rahsia lebih besar daripada ‘rahsia kerajaan’ didedahkannya pada di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mac lalu, tidak pernah ada mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri sejak November 2022.

“Saya turut memohon Perdana Menteri menukar menteri lain sebagai Pengerusi Bersama dalam satu mesyuarat di Putrajaya beberapa bulan dulu,” katanya.

“Majlis ini melibatkan semua agensi negeri dan Persekutuan di setiap negeri, bertujuan memantau isu berbangkit dan memutuskan langkah segera yang perlu diambil pihak terbabit, berasaskan bidang kuasa masing-masing untuk menyelesaikan masalah berbangkit daripada projek kerajaan Persekutuan di setiap negeri.

“Ia penting berdasarkan bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berasaskan Senarai Persekutuan, Senarai Bersama dan Senarai Negeri yang diperuntukkan dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – 11 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas Dagangan expands used cooking oil collection network to 100 stations nationwide

Initiative promotes circular economy by turning household waste into income and supporting cleaner fuel production

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

◉ Related