HEADLINES

Hubungan Malaysia, China baik-baik sahaja: PM

China adalah rakan perdagangan utama Malaysia di peringkat global dan kedua-dua negara meraikan sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik tahun ini

8:50 AM MYT

 

BERLIN – Malaysia memberi jaminan kepada Jerman bahawa hubungannya dengan China adalah baik dan tidak berdepan dengan sebarang isu yang serius.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil namun ia berhak menjalin hubungan dengan banyak negara bagi memastikan rakyatnya mendapat manfaat daripada kerjasama itu.

“Saya amat kagum dengan keikhlasan dan pemahaman anda termasuk mengenai apa yang berlaku di Malaysia serta rantau ini,” katanya pada sidang media bersama Canselor, Jerman Olaf Scholz.

Meskipun Malaysia mengakui pengaruh China yang semakin berkembang serta kesannya terhadap dinamik serantau, Anwar berkata, komitmen negara untuk mengekalkan hubungan baik dengan China dan pada masa yang sama melindungi kedaulatan serta kepentingannya sendiri juga adalah penting.

Semasa mesyuarat dua hala dengan Scholz, Anwar berkata, beliau telah memaklumkan bahawa China adalah rakan perdagangan utama Malaysia di peringkat global dan kedua-dua negara meraikan sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik tahun ini, yang merupakan satu pencapaian bersejarah bagi mereka.

Anwar juga berkata, beliau menekankan kepentingan penglibatan secara konstruktif dan dialog bagi menangani sebarang cabaran yang timbul daripada pengaruh China di rantau ini termasuk isu membabitkan Laut China Selatan.

Mengenai krisis di Ukraine, Perdana Menteri berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Russia perlu menghentikan pencerobohan di sana dan mencari penyelesaian secara aman dalam konflik itu.

“Ia mempunyai kesan dari segi perdagangan dan pembangunan ekonomi, malah natijahnya dapat dirasai sehingga ke Asia,” katanya. – 12 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Related