◉ HEADLINES

Sudah lafaz sumpah, Ahli Parlimen wajar buat laporan jika ada bukti disogok

Ini kerana Ahli Parlimen sudah melafaz sumpah untuk mengangkat kedaulatan undang-undang seperti disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang berintegriti wajar membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti mereka disogok untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Profesor Madya Institut Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ini kerana Ahli Parlimen sudah melafaz sumpah untuk mengangkat kedaulatan undang-undang seperti disebutkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi setiap Ahli Parlimen wajar melaporkan sesuatu kepada pihak berkuasa jika ada bukti berlakunya suatu kesalahan awam,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau dihubungi oleh beberapa individu yang mengugutnya untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Dakwanya, selepas berkali-kali dihubungi, beliau ‘akur’ untuk mengadakan beberapa pertemuan, bermula pada 17 Januari lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Malah katanya, dalam siri pertemuan tersebut, individu berkenaan menawarkan habuan sebagai balasan sokongan kepada Perdana Menteri, antaranya peruntukan Parlimen sebanyak RM1.7 juta.

Sementara itu, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Azmi Hassan berkata, setiap Ahli Parlimen seharusnya mempamerkan teladan kepada masyarakat mengenai isu berkaitan pencegahan rasuah dengan melaporkan jenayah tersebut untuk diambil tindakan.

Katanya, rakyat akan menilai dan melihat tindakan diambil Ahli Parlimen yang mendakwa disogok untuk dijadikan teladan kepada mereka.

“Dalam ucapan di Parlimen baru-baru ini, Wan Saiful menyatakan beliau disogok dengan rasuah. Jadi ia perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ini kerana tindakan itu bukan saja dari segi moral dan integriti, tetapi juga sebagai pengajaran kepada orang ramai walau rasuah itu ditolak olehnya,” katanya.

Mengenai isu Ahli Parlimen memiliki imuniti daripada pendakwaan dan keistimewaan semasa berucap atau berbahas di Dewan Rakyat, Azmi berkata, ia hanyalah untuk mengelakkan wakil rakyat disaman ataupun menjadi satu kesalahan sivil.

Terdahulu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, SPRM tidak perlu masuk campur berhubung dakwaan Wan Saiful mengenai tawaran rasuah diterimanya.

Katanya, semua Ahli Parlimen termaktub dalam Akta Kuasa dan Keistimewaan Ahli Parlimen 1952 yang menetapkan bahawa Ahli Parlimen mempunyai hak serta imuniti di Dewan Rakyat.

Pada 3 Mac lalu, SPRM memberi tempoh sehingga Ahad lalu kepada Wan Saiful untuk tampil ke SPRM bagi membuat laporan berhubung dakwaannya itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sekiranya Wan Saiful tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil satu tindakan terhadapnya namun tidak mendedahkan tindakan itu. – 13 Mac 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related