Ruhainies akui khilaf, “saya sayangkan persahabatan dengan Bella…”

Menjelaskan dia serta Aliff hanya kawan biasa, Ruhainies memohon maaf kerana membiarkan perkara terbabit berlarutan beberapa hari sebelum memberi penjelasan, sehingga ia dimanipulasi pihak tertentu

3:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Mungkin ada pihak tidak akan percaya kepada kenyataan saya, namun saya tak boleh memaksa sesiapa untuk percaya,” kata pelakon, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas.

Ruhainies berkata demikian menerusi hantaran di Instagram sebagai menjelaskan situasi sebenar berhubung kes dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama rakan selebriti, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah, Sabtu lalu.

“Assalamualaikum. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes melibatkan saya yang tular baru-baru ini.

“Kelewatan ini adalah kerana komitmen kerja saya dan saya tidak mahu terburu-buru memberi kenyataan bagi mengelakkan disalah erti atau dimanipulasi mana-mana pihak,” katanya.

Seperti dijanjikannya, Ruhainies memberi penjelasan mengenai isu dia ditahan berdua-duaan dengan Aliff Aziz di kediamannya, dengan mengatakan mereka hanya kawan dan fakta sebenar mengenai kejadian itu dimanipulasi pihak tertentu. – Gambar Instagram, 15 Mac, 2024

Menurutnya, pada hari kejadian itu, dia baru selesai menjalani penggambaran dan berkonvoi bersama pembantu peribadinya untuk pulang ke rumah.

Dia berkata, memandangkan pada malam hari kejadian adik-beradiknya ingin tidur di rumahnya, mereka merancang makan bersama yang akan turut disertai beberapa rakan.

Katanya, memandangkan Aliff juga baru selesai menjalani penggambaran, dia menjemputnya untuk turut serta, tambahan kerana pelakon lelaki itu mengenali keluarga serta adik-beradiknya sejak 10 tahun lalu.

“Aliff juga bersetuju sebab dah lama tak berjumpa dengan mereka. Risteena maklumkan kepada saya, dia dalam perjalanan ke rumah saya, namun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

“Jadi, saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan shooting (penggambaran) saya. Kemudian, saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu,” katanya.

Pelakon drama Hello, Mr. Perfect! itu menjelaskan, tidak lama berborak, pintu rumahnya diketuk.

“Saya ingatkan, itu kakak saya sebab dia cakap, dia dah nak sampai. Tapi, apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.

“Kemudian, saya hubungi semula kakak supaya datang secepat mungkin dan periksa siapa di depan pintu. Apabila dia sampai, dia sahkan itu adalah (anggota) Jawi dan polis,” katanya.

Jelas Ruhainies, atas faktor keselamatan dan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kakaknya menasihatkan supaya dia tidak membuka pintu dahulu.

“Kakak saya juga maklumkan bahawa Bella dan pihak media turut berada di depan pintu. Setelah berbincang dan ada budi bicara agar pihak berwajib sahaja berada di depan pintu, barulah saya buka.

“Selepas dijalankan pemeriksaan, tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi, hanya mengikut prosedur yang perlu dilakukan pihak berkuasa, saya hanya perlu memberi keterangan sahaja. Setelah selesai, saya kembali ke rumah,” katanya.

Siasatan kes itu, ujarnya, sudah dijalankan Jawi dan dia memberikan kepercayaan penuh terhadap pihak agama berkenaan.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Jawi di atas kerjasama, penjagaan penuh diberikan kepada saya semasa kejadian tersebut berlaku, selain siasatan telus yang dibuat Jawi,” katanya.

Aliff Aziz dan Ruhainies kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama. – Gambar Instagram, 15 Mac, 2024

Bagaimanapun, di sebalik penjelasannya itu, Ruhainies mengakui kekhilafannya di sisi agama kerana berada dalam situasi terbabit, sekali gus menimbulkan syak wasangka yang seharusnya dapat dielakkan.

Apapun, katanya, dia serta Aliff hanya kawan biasa dan sedang bekerjasama dalam drama dibintangi.

Menerusi kenyataannya itu, Ruhainies juga memohon maaf kerana membiarkan perkara terbabit berlarutan beberapa hari sebelum memberi penjelasan, sehingga menyebabkan pihak tertentu memanipulasikan pelbagai fakta yang tidak benar dan tidak tepat.

“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya berharap agar dia dan Aliff tidak akan berpisah. Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia.

“Saya berharap, kenyataan saya ini tidak akan dijadikan bahan provokasi kerana saya tidak ada niat ke arah itu, sebaliknya bersedia menjernihkan keadaan antara kami bertiga,” katanya.

Bella Astillah memfailkan perceraian terhadap Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan disebabkan kes suaminya dan Ruhainies ditahan Jawi. – Gambar Instagram, 15 Mac, 2024

Pada Sabtu lalu, media melaporkan Ruhainies dan Aliff ditahan penguatkuasa Jawi kerana didakwa berdua-duaan di kediaman pelakon wanita terbabit, selepas pihak berkuasa agama itu menerima maklumat daripada orang awam.

https://www.scoop.my/showbiz/177454/sudah-banyak-peluang-diberikan-bella-astillah-nekad-tuntut-cerai/

Kes itu turut menyaksikan isteri Aliff, Bella Astillah yang juga pelakon dan penyanyi, memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini. – 15 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Related