◉ HEADLINES

[Kemaskini] Keputusan tidak rasmi: Asyraf Wajdi dakwa BN mendahului di 6 PDM Nenggiri

Proses mengundi di 20 pusat pengundian membabitkan 46 saluran setakat ini berjalan lancar

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa BN memenangi enam pusat daerah mengundi (PDM) yang ditutup awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Asyraf berkata, enam PDM itu ialah Tohoi, Sungai Puian, Kuala Sungai, Sungai Jenera,
Pos Simpor dan Sungai Wias yang mana BN mendahului PRK berkenaan dengan majoriti 1,570 undi.

“Bagi PDM Tohoi, BN menang dengan majoriti 302 undi, Sungai Puian dengan majoriti 300 undi serta PDM Kuala Sungai majoriti 49 undi manakala Sungai Jenera 352 undi.

“BN memperoleh majoriti 307 undi di Pos Simpor dan 260 undi di Sungai Wias. Sehingga kini BN mendahului dengan majoriti 1,570 undi,” menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mencatatkan 71.87 % setakat jam 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses mengundi di 20 pusat pengundian membabitkan 46 saluran setakat ini berjalan lancar.

Terdahulu, sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka serentak pada jam 8 pagi ini.

Daripada jumlah pusat pengundian itu, 14 pusat pengundian dibuka sehingga jam 6 petang dan enam pusat pengundian ditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi akan ditutup jam 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

Proses penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Perdana, Majlis Daerah Gua Musang dan SPR menjangkakan keputusan dapat diumumkan seawal jam 9 malam.

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail. – 17 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related