HEADLINES

Rancangan pengembalian kalendar persekolahan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) kepada Menteri Pendidikan pada sesi soal jawab

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perancangan kerajaan untuk mengembalikan semula kalendar persekolahan yang asal iaitu sesi Januari hingga Disember serta isu kawalan sukatan pelajaran antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman rasmi Parlimen, persoalan berhubung kalender sesi persekolahan itu akan dikemukakan oleh Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) kepada Menteri Pendidikan pada sesi soal jawab.

Hassan Saad (PN-Baling) pada sesi sama, turut meminta Menteri Pendidikan menyatakan hasrat bagi membuat penelitian dan kawalan terhadap sukatan pelajaran yang mengganggu mata pelajaran akademik sehingga menjejaskan perancangan guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Datuk Henry Sum Agong (GPS-Lawas) pula bertanyakan kepada Menteri Dalam Negeri mengenai pengoperasian kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Ba’kelalan, Lawas di Sarawak dan Krayan, Indonesia.

Soalan kepada Menteri Kewangan tentang kaedah yang digunakan kerajaan dalam memperkenalkan skim subsidi bersasar agar semua subsidi tidak diselewengkan ke negara jiran, dikemukakan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan).

Selepas soal jawab, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024.

Turut disenarai dalam aturan mesyuarat itu ialah pembentangan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2023, Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini. – 18 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related