HEADLINES

PN beri bayangan tanding 18 kerusi pada PRN Sabah

Bersatu mahu menepis dakwaan ramai bahawa parti itu 'sudah mati' dan tidak wujud lagi di Sabah

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan akan bertanding 18 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah, yang kini dalam siri Jelajah Bersatu di Sabah berkata, PN sebelum ini memenangi 11 daripada 18 kerusi yang dipertandingkan pada PRN16 Sabah.

“Jika anda membenarkan kami melakukannya (untuk bertanding 18 kerusi) kenapa tidak?” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Hamzah berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Jelajah Bersatu Sabah 2025 bertempat di Padang Taman Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah semalam. Beliau dijadual melawat beberapa daerah dalam masa dua hari ini.

Program tersebut turut dihadiri Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Tempoh pentadbiran kerajaan negeri sedia ada yang ditadbir oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan berakhir pada Oktober 2025.

Dalam pada itu, Hamzah ketika mengulas mengenai jelajah berkenaan, beliau memberitahu terdapat bukti yang menunjukkan Bersatu masih sebuah parti yang aktif di Sabah dan menolak dakwaan ia sudah ‘tidak wujud’.

“Kami telah membuat persediaan hampir lima tahun.

“Kerana ramai daripada pemimpin GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang mengatakan Bersatu sudah tidak wujud lagi. Hari ini, ia (program jelajah) menunjukkan bahawa kita tidak hanya dapat mengumpulkan ahli kita tetapi juga dapat melihat penyokong yang bukan menjadi ahli kita.

“Ini memberikan semangat kepada saya bukan hanya sebagai timbalan presiden tetapi juga sebagai salah seorang yang akan berperanan sama dengan Ronald dalam PRN Sabah nanti untuk kita mencapai kemenangan,” katanya.

Hamzah juga memberitahu, pihaknya mengambil pendekatan dengan bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah.

“Kita dalam waktu ini adalah sebuah parti yang saya kata terbuka, tidak ada perbincangan formal tetapi secara tidak formal, Ronald sudah bertemu dengan ramai rakan-rakan di Sabah,’’ katanya. – 16 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related