◉ HEADLINES

Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri

8:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah segera dan jangka panjang bagi meminimumkan kesan musim panas dan kering terhadap aktiviti tanaman padi khususnya di Sabah antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman rasmi Parlimen, pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Isu kesejahteraan pekerja sosial di negara ini pula akan dibangkitkan oleh Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Siti Zailah ingin tahu mengenai langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan kesejahteraan pekerjaan sosial di negara ini dan status proses konsultasi terhadap Rang Undang-undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS) yang terkini.

Pada sesi sama, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan tempoh tindakan yang akan diambil oleh pihak berkaitan dalam mengawal selia kecuaian pihak majikan sekiranya ada aduan daripada pekerja terhadap pihak berkuasa, contohnya kes kelewatan membayar gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Persidangan Dewan Rakyat juga dijadual membincangkan mekanisme yang dilaksanakan kerajaan bagi memendekkan tempoh giliran menunggu jemaah haji dan perancangan bagi mempercepat giliran jemaah haji yang berusia atau warga emas, yang dikemukakan oleh Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) meminta Menteri Komunikasi menyatakan sama ada kementerian telah memutuskan untuk mewajibkan semua penyedia perkhidmatan platform media sosial yang beroperasi di negara ini berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan kaedah kementerian memastikan tindakan itu tidak menyekat kebebasan media.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) pula bertanyakan kepada Menteri Pertahanan jangkaan perolehan status terkini pembelian 18 pesawat Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) FA-50 bernilai RM4.08 bilion bagi kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain itu, Sabri Azit (PN-Jerai) memohon jawaban daripada Menteri Pengangkutan tentang statistik kesalahan melanggar kamera perangkap had laju di seluruh negara dan sama ada kementerian bercadang menaikkan had laju kepada 120 kilometer per jam (km/j).

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan menyambung penggulungan perbahasan RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.

Turut disenarai dalam aturan mesyuarat itu ialah bacaan kali pertama RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 serta bacaan kali kedua RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dan RUU Polis (Pindaan) 2024.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac ini. – 19 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related