◉ HEADLINES

Individu tak kemas kini Padu mungkin tercicir terima bantuan, subsidi

Pendaftaran Padu tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan individu yang tidak mengemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, kerajaan bagaimanapun boleh menggunakan alternatif seperti pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai agensi sektor awam bagi menyalurkan bantuan kepada individu terlibat.

Beliau berkata, ini termasuk data pendaftaran daripada kerajaan negeri dan tempatan serta agensi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang terdapat dalam Padu bagi membentuk data komprehensif mengikut individu serta isi rumah.

“Hingga 12 Mac lepas Padu telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif. Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.

“Oleh yang demikian, kerajaan memohon sokongan dan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan usaha mendaftar dalam sistem Padu,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu apakah terdapat alternatif buat individu yang tidak dapat mendaftar dalam Padu atas pelbagai sebab, dan apakah terdapat jaminan mereka tidak akan ketinggalan daripada mendapatkan kemudahan serta bantuan yang disediakan.

Mengulas lanjut Hanafiah berkata, pendaftaran Padu tidak diwajibkan tetapi digalakkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas dan setakat semalam hampir 6.03 juta atau 27.4% warganegara dan penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar sistem tersebut. – 20 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related