HEADLINES

Pengundi Melayu meningkat 50% tapi Umno enggan tuntut DUN Kuala Kubu Bharu

Walaupun jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu meningkat lebih 50 %, tetapi demi hormati kerajaan Madani saya rasakan kita dalam Umno harus hormati kerusi itu dipunyai rakan kita: Zahid

7:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak akan menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kuala Kubu Bharu biarpun peningkatan pengundi Melayu sehingga lebih 50% di kawasan itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno harus menghormati bahawa kerusi itu milik rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kami rasa bahawa walaupun jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu meningkat lebih 50 %, tetapi demi hormati kerajaan Madani saya rasakan kita dalam Umno harus hormati kerusi itu dipunyai rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan. 

“Sesiapa sahaja dicalonkan Kerajaan Madani, jentera Umno terutama di Hulu Selangor sentiasa bersedia.

“..dan kita yakin bahawa jentera Barisan Nasional terutama MCA dan Friend Of BN akan sama bantu calon biarpun tarikh (pilihan raya kecil) belum ditentukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Umno Malaysia di sini hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Umno, hari ini. – Azim Rahman/ Gambar Scoop, 22 Mac, 2024

Kerusi Dun Kuala Kubu Bharu kosong selepas penyandangnya dari Dap, Lee Kee Hiong meninggal dunia akibat kanser pagi semalam.

Berita kematian Adun DAP itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan.

Susulan itu kenyataan rasmi berhubung pengisytiharan pengosongan kerusi DUN itu akan dibuat sebaik segala urusan pengebumiannya selesai.

Menurut Pejabat Speaker DUN Selangor, pihaknya perlu memberikan ruang kepada keluarga mendiang terlebih dulu sebelum langkah seterusnya diambil.

Selain itu Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mahu Umno terus istiqomah dan mendukung rasa perpaduan bersama parti komponen dalam kerajaan Perpaduan.

“Kita mahu kestabilan politik di negara ini terus dipertahankan.

“Malah dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri kita telah memperlihatkan kesatuan dalam kalangan parti komponen dalam BN dan juga dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya. – 22 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related