◉ HEADLINES

Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang: PM

Ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan projek-projek yang merupakan inisiatif berimpak tinggi

8:33 AM MYT

 

KUANTAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Kementerian Ekonomi dan semua kementerian serta agensi berkaitan projek-projek keutamaan di Pahang dapat memberikan perhatian khusus dan menyegerakan projek terbabit.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.

“Projek-Projek ini merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat khususnya warga Pahang dan mereka akan menikmati manfaatnya dalam jangka masa panjang,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Anwar, ketika melakukan lawatan kerja sehari ke Pahang semalam mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Pahang yang dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan di negeri itu.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat itu, pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf, membina infrastruktur dan kemudahan rakyat Pahang telah dibentang serta dibincangkan merangkumi aspek pengangkutan, utiliti, perumahan, kesihatan dan pendidikan.

Anwar bertemu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Bazar Taman Kerang, Kuantan. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 24 Mac, 2024

Beliau berkata, antaranya projek menaik taraf Jalan Pos Pos Sinderut di Lipis, projek Bekalan Air Luar Bandar untuk Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi serta kawasan Mukim Hulu Tembeling di Jerantut, cadangan pembinaan persimpangan bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan-Chukai serta projek menaik taraf lapangan terbang sedia ada Pulau Tioman di Rompin dan pemanjangan landasan.

Turut dibincang projek meroboh blok kuarters sedia ada dan membina blok baharu tambahan Hospital Tengku Ampuan Afzan, menaik taraf Jalan Sungai Koyan (laluan Raub ke Sungai Koyan ke Ringlet) di Raub dan Lipis, ⁠projek pembinaan Kolej Komuniti Jelai di Lipis serta projek pembinaan jalan baharu Kuala Medang ke Tanjung Gahai ke Bukit Kota di Lipis.

Terdahulu, Anwar menghadap Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz sebelum ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi sesi taklimat tersebut.

Perdana Menteri seterusnya melakukan jelajah mesra di Bazar Ramadan Taman Kerang dan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Pahang di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. – 24 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related