Covid-19: KKM tidak menerima waranti pengilang semasa pembelian 136 unit ventilator

Waranti yang diterima KKM adalah susulan daripada Mesyuarat Rundingan Harga Peralatan Perubatan Ventilator Secara Perolehan Darurat bersama pihak PLSB pada 1 September 2020

11:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tidak menerima waranti daripada pengilang semasa pembelian 136 unit ventilator oleh Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB) pada Mac 2020.

Demikian maklum balas diterima Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada KKM menerusi tindakan susulan bagi syor-syor laporan PAC yang terkandung dalam Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personel Protective Equipment (PPE).

Menurut PAC, waranti yang diterima KKM adalah susulan daripada Mesyuarat Rundingan Harga Peralatan Perubatan Ventilator Secara Perolehan Darurat bersama pihak PLSB pada 1 September 2020 bagi menaik taraf 136 unit ventilator dan waranti diberikan dalam mesyuarat rundingan harga tersebut untuk tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Pengujian dan Pentauliahan (Testing and Commisioning – T&C).

“Hanya 32 ventilator telah lulus ujian T&C dan menerima waranti dua tahun dari tarikh T&C dilaksanakan. Kini, baki enam peralatan ventilator masih dalam waranti iaitu tiga unit di Hospital Pulau Pinang akan tamat pada 17 Mac 2024; satu unit di Hospital Pulau Pinang akan tamat pada 29 September 2024; dan dua unit di Hospital Lahad Datu akan tamat pada 29 September 2024.

“Mesyuarat Rundingan Terhadap Notis Tuntutan bagi Isu Ventilator telah diadakan pada 29 Februari 2024, dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Secara dasarnya, PLSB bersetuju kos pembelian ventilator dan kos kerja-kerja menaik taraf adalah untuk 32 unit ventilator sahaja.

“Kos-kos bagi 104 unit ventilator yang tidak dapat berfungsi akan ditanggung oleh PLSB. PLSB juga telah bersetuju untuk bayaran balik sebanyak RM16,785,910.95 kepada KKM,” kata PAC dalam laporan tindakan susulan kementerian itu.

Terdahulu PAC mengesyorkan KKM supaya segera menyemak status waranti bagi kesemua 136 unit peralatan ventilator dan memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.

PAC memaklumkan, susulan itu memandangkan KKM berjaya mendapatkan semula bayaran balik daripada PLSB bagi 104 unit peralatan ventilator yang tidak dapat digunakan, PAC mencadangkan supaya wang berkenaan diguna dan ditambah oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan ketersediaan peralatan ventilator di seluruh hospital kerajaan.

Dalam perkembangan lain, PAC menegaskan bahawa KKM hendaklah memastikan lebihan PPE dimanfaatkan sebaik-baiknya sebelum tarikh luput.

Katanya, berdasarkan maklum balas yang diterima, KKM telah mengambil langkah dengan mengenal pasti dan menjalankan mobilisasi serta pengagihan semula boot cover dan protective jumpsuit/coverall untuk kegunaan lain dalam pelaksanaan operasi harian serta aktiviti lapangan bagi skop perkhidmatan KKM sedia ada.

Sebagai contoh, penggunaan boot cover di Unit Sajian, Unit Forensik, Unit Perkhidmatan Pensterilan Berpusat dan dewan bedah; sebagai bahan pendidikan dalam kursus lanjutan kawalan infeksi, di mana ia boleh digunakan walaupun telah tamat tarikh luput; dan penggunaan semasa aktiviti lapangan luar KKM seperti aktiviti entomologi dan kawalan pest; aktiviti penyiasatan, pengesanan kes dan pengambilan sampel; aktiviti bekalan air serta kesihatan alam sekitar.

“KKM juga membuat tawaran pembekalan bagi lebihan stok PPE sedia ada kepada agensi dan pihak luar yang memerlukan bekalan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lembaga Tabung Haji, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pertanian.

“Untuk itu PAC mahu KKM memastikan stok boot cover dan protective jumpsuit/coverall pada kadar optimal bagi persediaan sekiranya berlaku wabak atau pandemik,” kata PAC. – 25 Mac, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related