Kita minta KK Mart naik banner minta maaf, banner lain mereka naikkan: Akmal

Kain rentang tersebut bagaimanapun diturunkan oleh PBT kerana didakwa dinaikkan tanpa permit

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kedai serbaneka KK Mart kerana tidak menaikkan banner mohon maaf sebaliknya memasang kain rentang ‘jualan rahmah’ yang tertera muka Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Melaka.

Tegasnya, tidak kira berapa pun harga murah yang ditawarkan namun pendirian boikot KK Mart tetap diteruskan.

“Kami ada maruah yang bukan boleh dibeli.

“Buat lah jualan apa sekali pun, jual lah barang murah macam mana sekali pun,kami tetap dengan pendirian kami dengan kekal boikot KK Mart,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau turut memuatnaik beberapa gambar di mana penguatkuasa dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka, menurunkan kain rentang itu pada waktu malam.

Akmal berkata, kain rentang itu dinaikkan tanpa kebenaran PBT selain menggunakan gambar Ab Rauf.

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, tidak kira berapa murah harga yang ditawarkan oleh KK Mart, namun pendirian boikot terhadap kedai serbaneka itu tetap diteruskan. – Azim Rahman/Scoop, 25 Mac, 2024

“Maka kita minta PBT jalankan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang sedia ada,’’ katanya.

Sejak isu stoking Kalimah Allah oleh KK Mart, Pemuda Umno berulang kali menggesa umat Islam memboikot kedai serbaneka itu.

Bagaimanapun ia menjarakkan diri daripada gesaan boikot oleh segelintir pihak ke atas perniagaan bukan Islam yang lain.

“Kami (Pemuda Umno) tidak bersetuju dengan cadangan semua perniagaan yang dimiliki oleh bukan Islam diboikot, ia tidak adil kepada peniaga yang tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Isu ini tidak melibatkan perniagaan bukan Islam, tetapi bagi memberikan peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menghina atau mempersendakan Islam,” katanya.

Pada 18 Mac lalu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai menerusi sidang media, memohon maaf berhubung isu terbabit.

Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza.

Namun meskipun KK Chai memohon maaf, polis tetap meneruskan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – 25 Mac, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related