Sanusi dicabar saman individu dedah salah tadbir Kedah Agro

Sanusi juga perlu berhenti mengatakan tidak mahu membayar gaji tertunggak 24 kakitangan Kedah Agro kerana akan menggunakan duit rakyat

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno Kedah mencabar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menyaman seorang individu yang mendakwa berlaku salah tadbir dalam Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro) sehingga anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu menanggung kerugian.

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Menteri Besar Kedah itu wajar memberi penjelasan berhubung dakwaan terbabit termasuk MBI mengambil untung Kedah Agro selain mengambil kakitangannya.

“Baru-baru ini tular satu hantaran di Facebook, MBI telah mengambil untung Kedah Agro, MBI telah mengambil staf Kedah Agro dan MBI lantik CEO (ketua pegawai eksekutif) dalam kalangan kroni MBI sahaja. Sanusi perlu perjelaskan perkara ini.

“Saya cabar Sanusi untuk bawa orang yang tuduh dia itu ke mahkamah. Berani kerana benar, jangan nampak takut.

“Sudah-sudahlah jadi ‘pembangkang’ dalam isu ini, anda wakil kerajaan negeri, gunalah lunas undang-undang yang ada,” katanya hari ini.

Kelmarin, Sanusi melalui kenyataan di laman sosialnya menyatakan akan menyaman seorang wanita yang dikatakan melempar tuduhan ke atas MBI dalam isu tunggakan gaji Kedah Agro termasuk mengaitkannya dengan pentadbiran negeri di bawah kerajaan PAS terdahulu.

Selain itu Ketua Umno Bahagian Merbok itu berkata, Sanusi juga perlu berhenti mengatakan tidak mahu membayar gaji tertunggak 24 kakitangan Kedah Agro kerana akan menggunakan duit rakyat.

“Apa Sanusi fikir rakyat bodoh sangat? Sudah tentulah Kedah Agro itu anak syarikat MBI, MBI kenalah pandai cari dana atau struktur kewangan demi bayar gaji pekerja.

“Siapa suruh Sanusi guna duit rakyat? Sebagai Pengerusi MBI, Sanusi kena pandai fikir cara dan cari jalan untuk selesaikan masalah gaji ini atas kapasiti seorang Pengerusi.

“Kami tidak pernah minta guna duit rakyat. Jadi jangan kata tidak mahu bayar sebab tak mahu guna duit rakyat. Jangan spin (pusing) lagi,” katanya.

Tambah Shaiful Hazizy, semua mengetahui bahawa Kedah Agro memang bermasalah, tetapi kenapa ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional masih berusaha untuk membayar gaji pekerja Kedah Agro?

“Sebab setiap MB (Menteri Besar) tahu itu adalah tanggung jawab mereka, hatta MB daripada PAS atau Bersatu, semua bayar,” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Explosions in The Sky set to ignite Malaysia with enigmatic ‘End’ tour

Texas-based instrumental rock icons Explosions in The Sky are gearing up to mesmerise audiences at Jiospace Odeum on February 29, marking their second solo concert in the country after a hiatus of almost 16 years since their first appearance in 2008.

‘Kucing cari Sivasutan dalam bilik hari ini,’ kata bapa mangsa nahas helikopter Lumut

‘‘Dia sangat sayangkan kucing, malah hari ini kucing naik tangga cari dia dalam bilik,’’ kata M. Thanjappan, 61 ketika menceritakan mengenai anaknya, mendiang T Sivasutan yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, semalam.

Related