HEADLINES

40 pelajar, pensyarah UUM terkandas di Hatyai, operasi pemindahan ditangguhkan

Air sudah memenuhi paras bawah hotel manakala bekalan air dan elektrik dilaporkan terputus

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi pemindahan sementara 40 pelajar termasuk pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang kini terkandas di Hatyai terpaksa di tangguhkan seketika.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, ia selepas pihak berkuasa tempatan di Hatyai belum membenarkan pemindahan dilakukan atas faktor keselamatan.

Kesemua mereka menetap di Wangburapa Grand Hotel, di Hatyai dengan makanan dan minuman disalurkan oleh kepada Konsulat Malaysia di Songkla.

Paras air di hotel berkenaan kini dilaporkan makin meningkat sehingga memenuhi paras bawah manakala bekalan air serta elektrik juga sudah terputus.

Ahmad Martadha berkata, hujan lebat sejak semalam telah menyebabkan banyak jalan ditutup semula, sekali gus menyukarkan pasukan penyelamat untuk memindahkan pelajar terbabit.

“Eevakuasi akan dilaksanakan secepat mungkin apabila hujan mulai reda, dan laluan ke sempadan boleh dilalui,’’ katanya dalam kenyataan di Facebook universiti berkenaan.

Pemandangan dari bilik hotel yang didiami pelajar berkenaan. – Gambar Facebook UUM, 25 November, 2025

40 pelajar itu serta empat pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), mengikut program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025 dan sepatutnya pulang ke tanah air pada 22 November lalu.

Bagaimanapun mereka terkandas selepas Hatyai dilanda banjir buruk.

Sejak hujung minggu lalu, Hat Yai dilanda hujan lebat, mengakibatkan banjir kilat teruk di beberapa kawasan bandar tersebut.

Setakat ini, kata Ahmad Martadha, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring dilaporkan dalam keadaan selamat, dan universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih.

Sementara makanan dan minuman disalurkan oleh Konsulat Malaysia di Songkla kepada pelajar berkenaan. – 25 November, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related