Merusuh rebut tapak bazar Ramadan, 7 individu ditahan

Kejadian dipercayai berlaku apabila peniaga wanita yang berniaga jus tembikai, berselisih faham dengan peniaga lelaki menjual popia

8:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menahan tujuh individu susulan insiden rusuhan selepas berebut tapak niaga bazar Ramadan di Taman Medan, Petaling Jaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, hasil semakan mendapati empat daripada tujuh suspek yang ditahan berhubung kes itu, memiliki rekod dadah dan jenayah.

“Polis merampas sebatang ‘fork lock’ (pengunci kenderaan) dan sebuah kerusi plastik dipercayai digunakan dalam insiden rusuhan susulan pertengkaran dua peniaga di tapak bazar itu.

“Tiga daripada empat suspek yang mempunyai rekod itu adalah berkaitan kes dadah, manakala seorang lagi pula memiliki rekod jenayah serta dadah.

“Siasatan lanjut kes itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, semua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an direman selama dua hari bermula hari ini hingga esok.

Terdahulu Shahrulnizam berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila peniaga wanita yang berniaga jus tembikai, berselisih faham dengan peniaga lelaki menjual popia.

Beliau berkata, lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati selepas wanita terbabit didakwa masuk ke kawasan tapak perniagaannya, menyebabkan tercetus pertengkaran.

Susulan itu katanya, lelaki terbabit didakwa mengambil sebatang besi sebelum memukul wanita berkenaan sehingga berlaku kekecohan.

“Mereka kemudian dibawa ke balai polis sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama kenal.

“Bagaimanapun, pada jam 5.30 petang semalam, anak-anak lelaki itu yang masih tidak berpuas hati, kemudian didakwa menyerang anak saudara wanita terbabit yang sedang berniaga sehingga berlaku rusuhan membabitkan kedua-dua pihak,” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Mufti slams calls for ‘overboard’ boycott of non-Muslim businesses after ‘Allah’-printed socks debacle

Calls for non-Muslim businesses to be boycotted in the aftermath of the fiasco surrounding convenience store chain KK Mart’s sale of socks printed with the word “Allah” is “overboard and against Islamic teachings”. 

Related