Anak instafamous Indonesia, Emy Aghnia jadi mangsa dera pengasuh

Emy menyifatkan kejadian tersebut di luar jangkaannya kerana pengasuh itu sudah dianggap sebagai keluarga sendiri

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak perempuan kepada instafamous Indonesia, Emy Aghnia atau Aghnia Punjabi yang berusia empat tahun menjadi mangsa dera pengasuhnya.

Emy Aghnia, yang berasal dari Malang, Jawa Timur itu memuat naik hantaran buah hatinya itu, Jana Amira Priyanka dalam keadaan cedera, dengan salah satu matanya bengkak dan tidak boleh dibuka akibat didera pengasuh yang dipanggil kakak itu.

Beberapa bahagian wajah kanak-kanak yang digelar Cana juga mengalami luka-luka dan penderaan itu berjaya dirakamkan menerusi CCTV .

Kejadian tersebut berlaku ketika anak dan pengasuhnya itu berada dalam bilik .

Menerusi Instagramnya, Emy berkata dia ke Jakarta pada 27 Mac selama dua hari dan meninggalkan anaknya itu bersama adik iparnya dan di rumahnya mempunyai pemandu, dua orang pengasuh termasuk suspek serta dua pembantu rumah.

Anaknya itu tidak dibawa bersama kerana dia bersekolah.

Sebak seorang ayah. Suami Emy Aghnia melihat keadaan anaknya Jana Amira Priyanka atau nama panggilannya, Cana, di hospital selepas didera pengasuh – Tangkapan layar, 31 Mac, 2024

“Kejadian pada 28 Mac itu berlaku jam 4 pagi selama sejam dan Cana tidak dibawa turun kerana bimbang kesan kecederaan kelihatan. Malah makanannya juga dibawa ke bilik dengan alasan anak saya demam.

“Pada 29 Mac, apabila saya pulang dan mendapati Cana cedera, pengasuh memberitahu anak saya jatuh di bilik mandi. Namun selepas suami memeriksa CCTV ternyata dia dipukul.

“Saya serahkan hal ini kepada polis, semoga Cana mendapat pengadilan yang seadil-adilnya,’’ demikian tulis Emy di dalam Instagramnya.

Emy lahir di Tuban pada 13 Mei 1995 dan merupakan Instafamous berhijab yang popular dalam kalangan Gen Z.

Dia mempunyai kira-kira 2.4 juta pengikut di Instagram.

Mengulas lanjut, Emy menyifatkan kejadian tersebut di luar jangkaannya kerana pengasuh itu sudah dianggap sebagai keluarga sendiri malah dia diambil dari sebuah yayasan terkemuka di Surabaya.

Kejadian itu dikatakan berlaku kerana pengasuh terlalu marah selepas kanak-kanak tersebut enggan disapu ubat bagi menghilangkan parut di badan dan kerana dia tidak mematuhi arahannya. – 31 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Dilabel tidak cakna tentang All Eyes on Rafah di sesi live IG, ini jawapan Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura menjelaskan bahawa dia bukanlah tidak sensitif mengenai isu Palestin atau tidak cakna tentang All Eyes on Rafah sewaktu melakukan video live di Instagram (IG) miliknya pada Selasa lalu.

Related