HEADLINES

Jangan biarkan emosi, hasutan, perbezaan pandangan retakkan hubungan: Anwar

Perbezaan pandangan harus menjadi ruang untuk memperteguh semangat muhibah, menolak prasangka serta memilih jalan dialog, rundingan dan kebijaksanaan

7:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak membiarkan emosi, hasutan serta perbezaan pandangan meretakkan hubungan dan menghakis rasa percaya yang telah terbina antara rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, perbezaan ini harus menjadi ruang untuk memperteguh semangat muhibah, menolak prasangka serta memilih jalan dialog, rundingan dan kebijaksanaan.

Dalam ucapan sempena Tahun Baharu Cina, Anwar berkata perayaan itu sentiasa mengingatkan tentang kemakmuran, harapan dan kekuatan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

“Pada tahun Kuda ini, ketekunan, keberanian dan semangat juang diraikan seiring tuntutan untuk bertindak dengan kebijaksanaan serta kesederhanaan.

“Confucius mengingatkan kita bahawa keharmonian lahir apabila manusia saling menghormati dan memahami satu sama lain.

“Inilah asas yang memungkinkan masyarakat berbilang kaum hidup bersama secara aman walaupun berbeza latar budaya dan kepercayaan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau juga melahirkan keyakinan Malaysia akan terus melangkah gagah apabila keharmonian, rasa hormat dan ihsan dijadikan pegangan bersama.

“Semoga tahun ini, seluruh rakyat Malaysia dilimpahkan dengan kesejahteraan dan kemakmuran,’’ katanya. – 16 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related