◉ HEADLINES

Tuduhan SPRM ‘diarah lindungi’ siasatan kes Farhash tidak berasas, berniat jahat: MCW

Jais berkata kecekapan siasatan SPRM tidak wajar diputar sebagai alasan untuk menimbulkan syak wasangka

4:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tuduhan bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes melibatkan bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador sebagai ‘diarah’ atau ‘dilindungi’ oleh mana-mana pemimpin politik adalah tidak berasas dan berniat jahat.

Sebaliknya, kata Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim, sistem perundangan negara menetapkan keputusan untuk mendakwa dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bebas dan bukannya Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“SPRM menjalankan siasatan mengikut kerangka undang-undang sedia ada, khususnya Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan. Semua siasatan melibatkan dokumen, saksi serta transaksi kewangan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Adalah bidang kuasa mutlak AGC untuk memutuskan sama ada sesuatu kes mempunyai asas pendakwaan atau sebaliknya,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sambil menegaskan tiada campur tangan politik, Jais berkata kecekapan siasatan SPRM tidak wajar diputar sebagai alasan untuk menimbulkan syak wasangka.

“Ada kes yang lebih cepat selesai kerana bukti jelas dan ringkas, ada pula kes memerlukan masa lebih panjang kerana melibatkan jaringan transaksi kompleks.

“Adalah tidak adil untuk membandingkan secara selektif antara kes yang berbeza sifatnya,’’ katanya.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan terhadap kes bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador berhubung penerokaan mineral di Sabah selesai dan ditutup.

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada kes jenayah yang boleh dikenakan kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Jais mengingatkan siasatan ditutup bukan bermakna seseorang itu ‘ bersih selama-lamanya’ malah jika muncul bukti baharu maka siasatan boleh dibuka semula pada bila-bila masa.

Jelasnya, serangan terhadap integriti SPRM hanya kerana tidak selari dengan persepsi politik sesetengah pihak boleh melemahkan usaha membanteras rasuah secara menyeluruh.

“MCW menolak keras sebarang cubaan untuk meremehkan atau mempolitikkan siasatan SPRM.

“Kita mesti berpegang kepada prinsip rule of law – bahawa keputusan dibuat berasaskan bukti, bukan tekanan politik atau persepsi media sosial,’’ katanya.

Justeru MCW meminta semua pihak agar berhenti membuat spekulasi dan memberi ruang kepada institusi penguatkuasaan serta AGC untuk menjalankan peranan mereka dengan bebas.

“Rakyat berhak kepada ketelusan, tetapi ketelusan itu mesti dipandu oleh undang-undang, bukan oleh naratif politik yang menyesatkan,’’ katanya. – 10 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related