◉ HEADLINES

KK Mart Sungai Isap: Polis giat kesan seorang suspek

Berdasarkan pemeriksaan terhadap beberapa CCTV, polis percaya hanya seorang suspek terbabit kes baling bom petrol di premis berkenaan

10:05 AM MYT

 

KUANTAN – Polis percaya hanya seorang individu terlibat dalam kejadian membaling bom petrol atau molotov cocktail di cawangan KK Mart Sungai Isap di sini, sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan terhadap beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian. 

“Justeru, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kita juga akan lihat CCTV lain yang dapat membantu siasatan,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Kempen Pencegahan Jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di sini, malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman semalam dilaporkan berkata, polis sudah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan.

Terdahulu, selain Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) diarahkan meningkatkan rondaan di cawangan KK Mart di seluruh Pahang.

Pada 30 Mac lalu, cawangan KK Mart baru beroperasi sejak dua minggu itu dibaling bom petrol yang dilakukan individu tidak dikenali sehingga menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak. – 3 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Tugas polis lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala

◉ Related