HEADLINES

Dua penalti China kecewakan skuad Harimau Muda dalam aksi pemanas badan di Doha

Skuad Harimau Muda berada dalam rangka persiapan menghadapi saingan Piala Asia B-23 di Qatar dari 15 April sehingga 3 Mei ini

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Nasib tidak menyebelahi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan selepas tumbang 1-2 kepada China pada perlawanan persahabatan antarabangsa tertutup di Universiti Qatar, Doha, malam tadi.

Pada pertembungan itu, China memecah kebuntuan gol selepas Aifeierding Aisikaer menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-26 sebelum skuad Harimau Muda bimbingan Juan Torres Garrido bangkit mengikat kedudukan menerusi Fergus Tierney pada minit ke-61.

Namun, tuah sekali lagi memihak China apabila dihadiahkan sepakan penalti yang menyaksikan Aisikaer tenang menyumbat gol peribadi keduanya pada minit ke-85 untuk mengesahkan kemenangan pasukan.

Sebagai rekod, ini kekalahan kedua dicatat skuad Harimau Muda dalam tiga aksi persahabatan antarabangsa bertemu skuad B-23 China sejak tahun lepas setelah menang 1-0 dan tewas 1-2 dalam pertembungan di Shanghai, Disember lepas.

Skuad Harimau Muda yang berada dalam rangka persiapan menghadapi saingan Piala Asia B-23 di Qatar dari 15 April sehingga 3 Mei ini, akan bermain aksi pemanas badan terakhir menentang pasukan tuan rumah dalam perlawanan persahabatan antarabangsa tertutup di sana, Ahad ini.

Pada kempen Piala Asia B-23, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti bertemu Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April) dengan misi untuk mara sekurang-kurangnya ke suku akhir.

Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berpeluang meneruskan cabaran merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala pasukan keempat terbaik kejohanan akan bermain perlawanan play-off bertemu Guinea di Paris Mei ini. – 5 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related