HEADLINES

Nahas 7 kenderaan: Laluan Rawang-Hospital Sungai Buloh dibuka sepenuhnya

Seorang pemandu trak pikap disahkan meninggal dunia manakala dua mangsa parah dan enam lagi cedera ringan

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua laluan di Kilometer (km) 452.8 (arah Selatan) antara Rawang ke Hospital Sungai Buloh yang menyaksikan nahas membabitkan tujuh kenderaan dengan satu kematian, lewat malam tadi kembali dibuka sepenuhnya selepas trafik sesak hampir tiga jam.

PLUS Malaysia Berhad melalui ciapan di platform X memaklumkan, semua lorong arah Selatan telah dibuka semula sejak jam 2.29 pagi tadi.

“(3 pagi) Insiden selesai sepenuhnya. Pandu cermat,” katanya.

Terdahulu, PLUSLineTrafik memaklumkan lorong kiri, lorong tengah dan lorong kanan laluan empat lorong itu terhalang akibat kemalangan.

“Trafik perlahan sepanjang tiga kilometer arah Selatan dan perlahan sepanjang empat kilometer ke arah utara atau laluan bertentangan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi satu kenyataan awal hari ini memaklumkan kerja-kerja penyelamatan dan pembersihan jalan di lokasi nahas ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, TPgB II Abdul Latif Mat Noor nahas enam kenderaan dan sebuah bas itu membabitkan 38 mangsa dengan 29 disahkan terselamat.

Katanya, pemandu trak pikap yang tersepit di dalam kenderaan dipandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa lelaki daripada kenderaan sama dan pemandu kereta Honda Accord mengalami kecederaan parah.

Katanya, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki ambulans bersama seorang lagi mangsa wanita daripada kenderaan lain yang cedera dalam nahas itu.

Dalam pada itu, Abdu Latif berkata, empat lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki kenderaan Honda HRV dan seorang pemandu Perodua Myvi hanya mengalami kecederaan ringan.

“Kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki kenderaan Unit EMRS milik JBPM,” katanya. – 6 April 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related