Saya sedia didakwa di mahkamah, kekal boikot sehingga terubat hati umat Islam: Akmal

Akmal menegaskan tindakan boikot adalah hak individu dan hak pengguna, jadi ia tidak menjadi satu kesalahan

5:15 PM MYT

 

SEPANG – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau bersedia untuk berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah susulan tindakannya mengajak umat Islam terus memboikot kedai serbaneka KK Mart.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa kertas siasatan terhadapnya akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

“Kita ambil maklum mengenai kenyataan Ketua Polis Negara itu bahawa kertas siasatan akan diserah kepada AGC minggu depan. Jadi kita akan tengok bagaimana dan kita sedia untuk hadapi kalau kata nak didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui media sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Akmal baru pulang dari Kota Kinabalu selepas menghadiri program Kembara Ramadan bersama anggota Pemuda Umno Sabah.

Beliau menambah, pihaknya sudah melantik peguam untuk mendepani pendakwaan di mahkamah.

Dr Akmal percaya, beliau tidak melakukan kesalahan dan bersedia untuk berdepan tindakan undang-undang di mahkamah susulan tindakannya mengajak umat Islam terus memboikot kedai serbaneka KK Mart. – Riduan Rizal/Scoop, 6 April 2024

“Bagi saya, kita tidak melakukan apa-apa kesalahan jadi tuduhan yang nak dikenakan kepada saya di bawah Akta Hasutan (Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1958), kita akan teliti.

“Ucapan-ucapan (saya) tiada langsung berbaur hasutan dan kita tetap kekal (boikot), dan kita nak beritahu boikot ini adalah hak individu dan hak pengguna.

“Jadi ia tidak menjadi satu kesalahan. Sebab itu kita tegas akan kekal boikot sehingga terubat hati umat Islam di negara ini,” katanya.

Terdahulu Razarudin memberitahu, kertas siasatan terhadap Dr Akmal akan diserahkan kepada AGC dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ketika ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan siasatan terhadap pemimpin tersebut berhubung isu penemuan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart baru-baru ini.

Siasatan terhadap Exco Melaka itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Dr Akmal mengesahkan telah ditahan di Kota Kinabalu.

Dia yang dikritik pihak tertentu kerana lantang dalam isu stoking tertera kalimah Allah, memuat naik hantaran di Facebooknya bagi memaklumkan penahanan berkenaan. – 6 April, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

US embassy refutes claims of new sanctions on Malaysian companies  

Washington has not listed Putrajaya as ‘state sponsor of terror’, it clarifies

Kuala Kubu Baharu poll: Nga buying votes, ‘feng shui’ joke in bad taste, says MCA’s Ti

DAP leader’s ‘clowning around’ could sully unity govt’s image, warns senator

Related