◉ HEADLINES

Logo kasut mirip kalimah Allah: Na’im adakan pertemuan bersama JAIN, pihak berkuasa dalam tempoh terdekat

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan menghina Islam

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan bersama pihak jabatan agama Islam negeri (JAIN) dalam tempoh terdekat, bagi menyelaras tindakan bersepadu untuk menangani isu dakwaan penggunaan logo mirip Allah di tapak kasut jenama Vern’s.

Menterinya, Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pertemuan juga akan diadakan bersama pihak berkuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan beberapa pihak berkaitan bagi keperluan sama.

“Adalah menjadi komitmen utama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjaga kesucian Islam dan maslahah umat Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan menghina Islam,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, susulan pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd, Datuk Seri Ng Chuan Hoo berkaitan isu berkenaan hari ini, adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan proses selanjutnya kepada siasatan PDRM.

“Jakim sudah diarah memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam melengkapkan siasatan.

“Sekiranya terdapat elemen bertentangan dengan undang-undang, maka proses selanjutnya akan diambil PDRM,” katanya.

Na’im berkata, semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada situasi itu agar ia tidak berulang.

“Pada masa sama, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihatkan semua pihak untuk sentiasa bertenang serta tidak mengambil apa-apa langkah melulu yang bertentangan dengan undang-undang negara. Semua tindakan adalah berasaskan fakta dan bukti kukuh.

“Adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk menjaga akhlak dan tingkah laku agar keharmonian dan perpaduan dalam negara, sentiasa terpelihara,” katanya. – 8 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related