◉ HEADLINES

Wanita Sarawak gagal dapat kebenaran mahkamah batal nama sebagai mualaf

Mahkamah menolak permohonan pemohon (wanita berkenaan) atas alasan antaranya permohonan tersebut tidak tertakluk kepada semakan kehakiman berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan

3:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dari Sarawak hari ini gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini bagi memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.

Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali berkata ini kerana Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan yang difailkan wanita berusia 26 tahun itu.

“Mahkamah menolak permohonan pemohon (wanita berkenaan) atas alasan antaranya permohonan tersebut tidak tertakluk kepada semakan kehakiman berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. 

“Hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Permohonan pemohon ditolak dengan kos RM3,000,” kata Mohammad Sallehudin ketika dihubungi selepas prosiding kes secara dalam talian hari ini.

Prosiding itu turut disertai peguam Iqbal Harith Liang, yang mewakili wanita berkenaan.

Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 April lepas dengan menamakan Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Pemohon yang dilahirkan pada 9 Julai 1997 dan ibu serta bapanya beragama Kristian, memohon pengisytiharan bahawa Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memberikan bidang kuasa kepada responden pertama (Pendaftar Mualaf) untuk mengisytiharkan bahawa seseorang itu bukan lagi beragama Islam.

Wanita itu juga memohon responden pertama mempertimbangkan permohonan supaya namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan membuat keputusan serta-merta serta memohon pengisytiharan bahawa penolakan atau kelewatan responden pertama memutuskan permohonan pemohon dalam surat bertarikh 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023 adalah tidak rasional dan tidak munasabah.

Dalam afidavit sokongannya, wanita itu berkata pada awal 2017, pemohon bertemu seorang lelaki Melayu beragama Islam yang mempelawanya untuk berkahwin dan bagi membolehkan perkahwinan mereka dari sudut pentadbiran, beliau memeluk agama Islam pada 18 Ogos 2017 dan didaftarkan sebagai mualaf oleh responden pertama.

Bagaimanapun, pada 27 Jan tahun lepas, pemohon telah berikrar dalam afidavit bahawa beliau mahu keluar daripada agama Islam dan kembali menganut Kristian.

Pada 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023, pemohon melalui peguamnya telah mengeluarkan surat kepada responden pertama untuk memohon namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan pada tarikh pemfailan permohonan itu, responden pertama belum memberikan sebarang keputusan berhubung permohonannya. – 21 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related