◉ HEADLINES

RON95, diesel di beberapa stesen Caltex Malaysia di lima negeri alami gangguan sementara

Menurut Caltex Malaysia, gangguan untuk beberapa hari bermula 17 April di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan itu disebabkan kelewatan yang tidak dijangkakan di pelabuhan, hingga menjejaskan jadual penghantaran

4:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Caltex Malaysia mengumumkan beberapa stesen minyaknya di lima negari iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan akan mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan Diesel.

Dalam kenyataannya di Facebook, Caltex memaklumkan gangguan itu adalah untuk beberapa hari bermula semalam.

“Hal ini disebabkan oleh kelewatan tidak dijangka di pelabuhan, yang menjejaskan jadual penghantaran kami.

“Kami sedang mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan penghantaran dan meminimumkan gangguan,’’ katanya.

Syarikat minyak itu turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih dia atas kesabaran dan pemahaman berterusan pelanggannya.

Perang AS-Israel dengan Iran sejak 28 Februari lalu merupakan antara gangguan terbesar terhadap bekalan minyak dan gas global, terutama penutupan Selat Hormuz.

Ia merupakan laluan strategik yang mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak global. – 18 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related