HEADLINES

Polis Thailand nafi sengaja rancang tahan 6 rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita popular

Polis Daerah Sungai Golok berkata pihaknya tidak tahu bahawa suspek adalah orang terkenal kerana anggota polis menjalankan serbuan berdasarkan maklumat yang diterima

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR   Penahanan seorang penyanyi wanita popular Kelantan bersama lima yang lain di sebuah hotel di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu adalah berpandukan bukti kukuh yang ditemukan ditempat kejadian termasuk 6,000 biji pil kuda.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol Pol Jedsadavit Ingprapan berkata, bahan bukti lain ialah ujian urin yang disahkan positif methamphetamine.

Semua bahan rampasan itu, katanya sudah dihantar untuk ujian forensik bagi mengenal pasti cap jari, selain ujian DNA.

“Keputusan bagi ujian berkenaan dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan lagi dan keputusan sama ada mereka ini bersalah atau sebaliknya akan diputuskan oleh mahkamah, kerana polis hanya menjalankan siasatan,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Pada Jumaat, Bahagian Narkotik dari Balai Polis Sungai Golok telah melakukan serbuan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok pada pukul 5 pagi dan menahan enam rakyat Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun atas kesalahan memiliki dadah.

Hasil siasatan polis mendapati suspek yang ditahan memiliki 6,000 biji pil jenis ‘pil kuda’ dan telah memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan serbuan yang dilakukan terhadap kesemua suspek yang kononnya dirancang, beliau menafikan perkara itu kerana serbuan dilakukan berdasarkan maklumat diperoleh dan tidak pernah ‘memilih bulu’ sama ada suspek rakyat Thailand atau warga asing.

Jelas Jedsadavit, pihaknya tidak tahu bahawa suspek adalah orang terkenal atau orang biasa, kerana anggota polis menjalankan serbuan berdasarkan maklumat yang diterima.

“Standard polis sama sahaja tanpa mengira individu itu popular atau tidak. Jika dikatakan serbuan ke atas enam suspek itu dirancang atau ‘khianat’ ia adalah tidak benar, kerana ramai lagi rakyat Malaysia yang datang berkunjung dan berhibur di pekan Sungai Golok.

“Jika suspek atau mana-mana individu merasakan mereka (suspek) ini dikhianat, mereka boleh mengemukakan aduan kepada polis untuk digunakan di mahkamah kelak,” katanya.

Jedsadavit berkata setakat ini siasatan polis lebih tertumpu kepada bukti yang ditemukan.

“Jika dilihat kepada jumlah dadah yang banyak (6,000 biji) sudah pasti ia untuk tujuan pengedaran dan bukan kegunaan sendiri sahaja,” katanya. – 9 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related