◉ HEADLINES

Remaja lari dari rumah, polis giat kesan Zulaikha

Maklumat diperoleh di mana kali terakhir remaja itu berada di rumahnya pada 6 April, kira-kira jam 2.30 petang

8:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keluar rumah sebab rasa terkongkong, bergaduh dengan ibu selepas tidak dibenarkan ‘bermain’ dengan telefon pintar.

Demikian laporan diterima polis mengenai Zulaikha Abdul ‘Azim, 16, yang masih belum pulang ke rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pada 7 April lalu, jam lebih kurang 9.44 pagi, pihaknya telah menerima satu laporan bersabit kes seorang remaja perempuan dilaporkan telah hilang.

Menurutnya, maklumat diperoleh di mana kali terakhir remaja itu berada di rumahnya pada 6 April, kira-kira jam 2.30 petang.

“Dia keluar rumah sebab rasa terkongkong. Pagi hari kejadian, dia ada bergaduh dengan ibunya sebab tidak dibenarkan bermain telefon sehingga malam.

“Ibunya juga tidak membenarkan dia keluar rumah dengan kawan. Setakat ini dia masih belum pulang,” katanya.

Jelas Shahrulnizam, sebelum hilang, remaja tersebut ada memberitahu ibunya yang dia mahu keluar tetapi tidak dimaklumkan ke mana dan dengan siapa.

“Pembantu rumah yang beritahu remaja itu keluar membawa beg. Sebelum ini mangsa telah banyak kali beritahu nak lari dari rumah sebab rasa terkongkong,” katanya. – 9 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

UiTM student body launches ‘wear black’ protest against calls to admit non-Bumiputera 

This after doctors’ body MMA’s appeal to allow non-Malays into cardiothoracic surgery programme

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

Najib admits RM42mil not linked to Saudi donation in SRC civil suit

Former prime minister acknowledges in court that the funds were unrelated to alleged Saudi donation after cross-examination

◉ Related