HEADLINES

Jalan di ibu negara lengang sempena cuti Aidilfitri, ‘boleh main teng teng, teringat zaman PKP’

Ada netizen mengatakan di sebalik situasi lengang di Kuala Lumpur itu, keadaan jalan di kampung pula sesak kerana warga kota pulang beraya

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Berbicara mengenai Kuala Lumpur, ia pastinya digambarkan sebagai kawasan ‘sesak’ dengan pembangunan, premis perniagaan dan kenderaan.

Malah, ibu negara Malaysia itu pernah dikategorikan sebagai antara bandar paling sibuk!

Namun, kepulangan warga kota ke kampung halaman sempena cuti Aidilfitri menjadikan suasana jalan di sekitar Kuala Lumpur lengang daripada kenderaan.

Menerusi bidikan lensa kamera jurugambar Scoop di sekitar ibu negara, seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, suasananya sunyi berbanding hari biasa yang sibuk dengan kenderaan, orang ramai dan operasi premis perniagaan.

Begitu juga situasinya di Dataran Merdeka yang menyaksikan suasana di kawasan berkenaan lengang daripada kenderaan.

Perkara itu turut menjadi perkongsian dan perbualan netizen di media sosial dengan rata-rata ‘teruja’ serta berseloroh mengenainya.

“Main teng-teng pun boleh, main tuju kasut tengah jalan,” kata seorang pengguna.

“Boleh tidur baring le santai-santai, sejuk mata memandang, aman damai suasana ibarat di luar negara,” tulis Farah.

“Esok datang camping (berkhemah) tengah jalan sambil mandi Sungai Klang min (admin),” ujar Mohd Asri.

“Sejuk mata memandang…,” kata Nurhawaliana.

“Alangkah seronoknya kalau hari-hari macam ni kan?” respon Nik.

“Memang senyap dan sepi ya keadaan ibu kota Kuala Lumpur ni, dah macam kosong tak ada apa aku tengok dan yang duduk Kuala Lumpur mesti seronok kan,” kata Hendra.

Laluan dan simpang di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang kebiasaannya sesak dengan kenderaan, kini lengang sempena cuti Aidilfitri. – Gambar Iszuan Shah/Scoop, 12 April, 2024

Segelintir pula berseloroh mengatakan suasana jalan lengang itu seperti slot cerita filem atau sesuai dijadikan lokasi penggambaran.

“Fuh clear (lengang), dah macam cerita i am legend ni,” komen Radzi.

“Macam filem Desolasi,” menurut Muhamad Zulhafiq

“Boleh dah jadikan set penggambaran filem zombie,” gurau seorang netizen.

Manakala, ada netizen mengatakan di sebalik situasi lengang Kuala Lumpur, kepulangan warga kota menyebabkan kesesakan di kampung pula.

“KL lengang, setiap kampung raya pertama, kedua dijangka jem (sesak) sangat-sangat,” kata Bang.

“Perlis pula yang jem nak pergi mana-mana kena keluar awal,” menurut seorang individu.

“Sekarang jem kat kampung min, celah mana-mana pun jem, perit min,” kongsi Anuar.

Bukan setakat itu, situasi berkenaan mengimbau kenangan dan membangkitkan kerinduan segelintir netizen ketika Malaysia berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perintah itu dipratikkan kerajaan mulai 18 Mac 2020 hingga 2021 akibat penularan Covid-19 bagi mengasingkan dan mengekang wabak terbabit.

Ia menyaksikan seluruh negara ‘lengang’, dengan aktiviti dibenarkan sangat terhad serta urusan lebih banyak dilakukan menerusi dalam talian.

“Time PKP ke ni, hahaha,” kata Syakireen.

“Seronoknya. Teringat zaman PKP,” ujar Khairyl.

“Best oh macam ni macam zaman PKP dulu, sunyi je rasa, time (masa) raya macam ni lah dapat merasa balik vibe zaman PKP dulu, rindu, ‘scroll’ balik telefon tengok zaman PKP dulu macam ni teringat balik, oh, serius rindu,” kata Irfan. – 12 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Related